Tuesday, December 2, 2014

SUP SAWI + BEBOLA IKAN

 Salam
Arini masak simple jer...poberet atie skrg..SUP!!!!
Mkn lak panas2
Mmg syok!...nak msk pon cepat jer
Tp anak2 atie tak minat
Jd utk diaorg..atie masak menu kuah yg lain...yg bersantan
T/Kasih kps Mgebu atas resepinya
Halalkn yer Mat
Bebola ikan bkn buat sendiri...beli brand RAMLY jerr
Jom korang...kita mkn menu yg sup2 arini
Jemput semua!

BAHAN-BAHANNYA(sumber:MatGebu)

400 gram sawi putih (batang warna putih)
15 ekor udang saiz sederhana
10 biji bebola ikan (che mat guna jenama "Mushroom")-atie guna brand RAMLY
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam (aji-shio)
Beberapa titik minyak bijan (optional)-xder
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikupas kulitnya, cuci dan toskan. Kulit udang dicuci, tos dan masukkan ke dalam periuk. Tuang 1 liter air dan rebus selama 10 minit kemudian tapis. Sawi di cuci, kemudian siang berasingan batang dan daunnya. Bebola ikan dibelah 2 setiap satu (kalau anda nak guna sebiji2 pun boleh). Ketepikan.
Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan udang, kacau rata dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan biar mendidih. Jika perlu boleh tambah sedikit lagi air.
Masukkan batang sawi, bebola ikan dan kiub ikan bilis (jika guna), masak sekejap dan tambah daun sawi. Perasakan dengan garam secukup rasa dan lada hitam serbuk. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang dan tititkkan beberapa titis minyak bijan sebelum dihidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sedap ni Atie. Kalau kakak kadang celurkan mee masuk dlm sup pun sedap:)

adda syuhada said...

terbaik!!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™