Wednesday, August 4, 2010

Karipap Inti Daging.

Selamat mlm semua...saje nk tayang karipap inti daging yg atie buat. semasa anak2 blk bercuti aritu pon atie buat karipap inti daging gak....kuih karipap nie antara kuih poberet seisi umah,pastu buat pedas2 sikit..manis2 sikit!resepi atie ambik kt umah raidah yg dok kt Abu Dhabi nun..makasih Raidah..halalkn yer.kebetulan inti daging ada lagik lam esbox,tadi atie buat lagik..leh buat bekpes esok pagi.korang layan gambar je la yer..daaaaaaa















Bahan-bahan:
Bahan Doh:
1kg tepung gandum
125gm butter
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air
Cara penyediaan:
1. Panaskan butter bersama minyak masak sehingga butter cair.
2. Di dlm satu bekas campurkan tepung, telur, butter&minyak yg telah dicairkan, garam dan gula.
3. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
4. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.

Inti karipap:

Bahan-bahan:
1 kg kentang/keledek ~ dipotong dadu (direbus sehingga empuk)
1/2 kg daging ~ dicincang(atie beli daging kisar)
5 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 tangkai daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging ~ dibancuh dgn sedikit air
Sedikit Cili Blend-atie tambah sbb suka pedas!
Sedikit air

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari,kacau seketika baru masukkan cili blend, masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang/keledek, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat karipap.

3 comments:

Adha said...

wahh karipap inti daging..ssh nak cari ni sbb selalu org jual inti kentang je..x nak post sikit ke kat adha teehee hehe :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam adha..senang jer buatnya.akak pon selalu buat guna inti keledek + ikan bilis jer..nie nk cuba buat inti daging lak.sedap gak...

zarina said...

saya kalau buat karipap..tang kelim tu selalu tak pas..hehe..buruk je

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™