As salam semua...selamat pg dihari isnin.pg nie nak tayangkan donut yg atie cuba semlm,request dari Adik...mmg poberet dia nih!.... atie buat byk maka ada yg atie frozenkn tuk buat sarapan pg nie & kasi MIL sikit.Alhamdllh,resepi nie mmg best!..lembut jer donut atie sampai mlm.MIL pon puji sedap.jom layan resepi kt bawah & donut atie yg senget benget tuh....hihi
Bahan-bahan ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )
- 1 biji ubi kentang sederhana besar
- 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
- 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
- 1/3 cawan @ 73 gm air suam
- 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 500 gm gandum
Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.
- Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
- Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
- Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.
- Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
- Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.
Yg nie tuk MIL..lps htr Adik keasrama semlm..singgah umah MIL htr donut..