Friday, March 28, 2014

Kek Coklat Kukus Cheese

Assalamualaikum
Arini atie masak kek ni...
Utk anak lalki atie yg akan kembali semula ke asramanya semula..esok.
Bg negeri kedah
Waktu persekolahn brmula ari ahad..tu esok kena blk
Sedeynyaaaaa!!!
Rasanya br jer anak2 pulang bercuti
Ni dah nak blk ke asrama semula
Takpe
Yg penting..atie puashati..apa saja yg anak2 nak mkn
Atie mskkn semua
Jd takde la rasa trkilan dihati
Terima kasih kpd Mat Gebu yg brkongsi resepinya
Halalkn atie kongsi kat sini ya MG


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT
(Sumber:Mat Gebu)

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..

UNTUK KEK COKLAT :- 
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :-
 Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-
 Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....


2 comments:

Mimi Azirah said...

Teeima kasih share kak atie..nti nk try jugak

Anim Daim said...

sedap kek nie akak
dah lama x buat hehhehehhe
sebab on diet hahahhah

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™