Tuesday, March 4, 2014

Sup Petola Dengan Telur.

 Salam
Cuaca panas cam skrg..suka mkn tghari dgn yg bersup2..bening2 gitu.
Juadah tghari kami semlm
 Atie msk sup petola ngan telur
Mkn ngan nasi panas2..mmg sedap..sambil lap2 peluh.hehe
Terima kasih
 Kpd makcik manggis yg brkongsi resepi
Tp derhaka cikittt...sbb makcik manggis pukul telur tu
TP atie pecahkn lam mangkuk
Br masukkan dalam kuah sup petola..tu sbb nampak telur..bolat jerr
Jemput mkn semua

Bahan-bahannya:(sumber:MAKCIK MANGGIS)

1 biji petola-buang kulit dan potong mengikut selera yang anda suka.
4 ulas bawang putih-ketuk
1 tbsb sos tiram-jika perlu boleh tambah lagi.
1/2 tsp serbuk lada hitam(Cm guna lada hitam biji-tumbuk kasar)
1 biji telur-pecahkan dan pukul sikit dengan garfu.(atie x pukul..masuk terus lam kuah)
Garam dan gula secukup rasa.
2 1/2 cawan air.
Minyak jagung untuk menumis.


Cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan air,sos tiram,garam,gula dan serbuk lada hitam.Biarkan mendidih.
Masukkan telur dan kacau hingga rata.
Akhir sekali baru masukkan petola.masak hingga petola agak-agak masak tapi jangan terlalu empuk,Agak-agak bila makan rasa masih ranggup.Siap untuk dihidangkan.


6 comments:

Myra Jay said...

Alahai sedapnya kak..
Suka sup gini :)

Cho Zila said...

sedap tapi kalau akak kena ada sambal belacan gak...

JaSSNaNi said...

memang sedap kalau masak gini.. sup dan telur tu mmg menyelerakan.. tak payah ada lauk lain dah pun takper.. kan.. :) lagi2 kalau letak suhun.. perghhhh

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya kak..

QUEENPINK said...

sedapnya :)

Rai Ourkizuna said...

kena pulak sambal belacan dengan ikan masin.. mak mertua lalu tak perasann..haha

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™