Sunday, March 23, 2014

Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang

Assalamualaikum semua
Br sempat nak update blog...arini sgt sbk hokey
G memenuhi jemputan kenduri kawen
Jenuh kuar-masuk khemah kenduri....langsung tak sempat nk negok pengantin
Perut pon dah tak lalu nak terima mknan lg dah
Anak2 mmg takmo ikut
Dok umah..tu sbb seblm pegi atie dah siap2 msk juadah tghari.
Arini..special sikit
Atie msk lemak ciliapi udang + kcg pjg
Biasa klu udang ni buat sambal jer
Sbb arini dah buat sambal ayam ....udang lak msk yg brkuah2
Selera anak2 mkn
Alhamdulilahhhh

RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI API
(sumber:Hana)

Bahan-bahan
300-400g udang basah
3 biji bwg merah
1 ulas bwg putih
10-15 batang cili padi (ikut kepedasan masing2)
1 batang serai - titik
1 inci kunyit idup
1 keping asam keping
santan cair dan pekat secukupnyer
1 helai daun kunyit - diracik(tak isi)
garam dan gula@perisa
Kcg panjang 5 btg..patah2kn jer

Cara-cara
Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi. Masukkan ke dalam periuk bersama2 santan, asam keping dan serai. Didihkan. Pastikan santan tidak meruap.
Masukkan udang dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa*(optional). Didihkan lagik dan tutup api.

2 comments:

Azura Aziz said...

sedapnya kak ati.. ni lauk feberet family Alycia jugak ni ;)

Amie said...

Kalau masakan gini kan Atie... memang habis licin kuah-kuahnya sekali tau! Sooodap!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™