Monday, April 6, 2015

Masak Lemak Sayur Keladi Lambuk

Arini..menu mskan kampung..sedap ooo
Kena dgn anak tekak...mmg syok ler mkn...tak sdr nambah2 nasik!
Hehehe...
My IMAM dgn Adik?
Cedok kuah jer...diaorg bkn reti mkn keladi lambuk nih!
Negok pon tak pernah kot!
Ni klu mkn ramai2 kat kg....mmg best...rebut2 adik beradik
Keladi ni atie dpt dr kg
Apak mmg ada tanam kat depan tanah dapur
Takde la byk pokoknya tp...1 pkk tu mmg byk pelepahnya
Klu blk kg..mmg wajib ambik
Jemput semua...
 

Bahan-bahan:(sumber:KAK IDA)

2 batang (pelepah) keladi lambuk, basuh dahulu kemudian disiat kulitnya dan di potong serong dan nipis-nipis
1 cawan cendawan kering atau 3 paket kecil cendawan segar, disiat-siat(atie tak isi)
200g udang kecil putih, buang kepala dan ekornya(ikan bilis-tumbuk)
Kerang-Trpulang nak isi/sikit
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor (keping)
1 batang serai, diketuk
10 biji cili api, di potong kecil
2 biji cili merah, buang biji dan potong kecil

dikisar;
1 biji bawang besar, 1" kunyit, 1/2" halia, 2 biji bawang putih.

Cara membuatnya
Masak 2 cawan santan dengan bahan kisar sehingga mendidih dan pekat. Masukkan serai, asam keping, cili padi, cili merah dan keladi lambuk. Masak sehingga keladi kecut. Kemudian masukkan udang dan cendawan. Kacau sebentar. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil gula. Hidang panas dengan nasi putih.



1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kak atie
waaaaaaaaa
terliurnya iols
sob3

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™