Thursday, March 10, 2011

Pau Inti Kelapa

As Salam semua & selamat ptg....dah minum ptg ker?Alhamdllh,....ptg nie kami mkn kuih pau inti kelapa je....menjadi gak..makasih pada Ros atas resepinya...(maaf yer ada yg k.atie adjust2 kt resepi2 Ros tue..halalkn).biasanya kesukaan Adik kuih pau inti kaya...dek ibunya malasssssss nk buat kaya....berintikn kelapa je lar,laen kali buat inti kaya lak..hihi.
Insallh,klu xder apa2 kul 6 ptg(sat lagik..)...atie sekluarga akan bertolak ke Shah Alam sbb nk ambik anak lelaki atie(kt asrama)... yg akan bercuti mulai esok.Doakn perjlnan kami sekluarga selamat....pergi & balik yer!.maaf juga jika atie X berkesempatan nk membalas msj/kunjungan korang....mggu nie mmg bz lagik... Abg MyLaling lak mengadakn majlis perkahwinan anaknya(12 & 13/3)....pg tadi hingga tghari atie kt sana lar, membantu...Daaaaaa


Bahan-bahanya:(sumber:ros jintan manis)

400 gram tepung pau ( low protein flour)
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)
1 sudu besar gula gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti kelapa dalam doh
3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Untuk inti kelapa:

3/4 cawan kelapa kering
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

cara-cara:

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

2 comments:

Unknown said...

sedapnya pau ni kak...teringin lak nk mkn pau...btw selamat bercuti yer kak...semoga selamat dlm perjlnan pergi dan blk.

Mas said...

mas pun suka pau inti kelapa....sedapnya...
cantik pau akak...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™