Friday, February 7, 2014

Sambal Ikan Kerisi Cili Padi.

Salam...
Antara juadah tghari kami dihari Jumaat yg mulia ini
YG paling pedasssssss...!
Iaitu sambal ikan kerisi ciliapi
Mmg nambah2 nasik..sambil lap2 peluh..kepedasan
Tp mkn gak...hihi
Terima kasih kpd Kak Manggis yg brkongsi resepi ni
Terima kasih Kak!
Pada yg tak tahan pedas..blh la kurangkn jumlah ciliapi tu
Tp atie lak
Siap nambah ciliapi dr sukatan resepi kak manggis!
Jom makan!!

  
Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kembung(atie guna ikan kerisi)
1/2 cawan cili api(atie tambah lg)
2 labu bawang besar,
2 ulas bawang putih.
1 keping asam gelugur.
Sedikit belacan.
Garam secukup rasa.
Gula merah secukup rasa(atie guna gula putih).
Minyak untuk menggoreng.
Sedikit serbuk kunyit.


Cara-caranya:

Ikan kembung disiang dan di bersihkan.Kelar rapat-rapat dan diperap dengan garam serta serbuk kunyit.
Bawang besar,bawang putih,belacan  dan cili api di kisar kering.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.Ketepikan,.
Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan gula garam dan asam keping.kacau hingga rata.Masak hingga sambal agak garing.
Masukkan ikan dan gaul perlahan-lahan agar sambal lekat sekata pada badan ikan,
Siap untuk dimakan dengan nasi putih.


3 comments:

Anonymous said...

sambal2 macam ni makan dgn apapun sedap ayam, telur or daging goreng juga !

QasehnyaRania said...

saya tak brpa nak makan ikan kerisi. hihi
tpi rasa mcm nk cuba dgn ikn kembung je la. my peberet. hihi

AtieYusof said...

Sedapnya lah ikan kerisi ni Kak.. hubby sy paling suka ikan ni...:)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™