Salam semua...bersiaran kembali dari umah atie nih!ke mana la tuan umah nie yer?senyap jer 2-3 hari....nk buat camna...bz sikit.sibuk ngan anak2 yg blk bercuti pastu ari ahad....htr anak2 kembali keasrama.Disbbkn trpaksa menyelesaikn pelbagai urusan,trpaksa menginap di KL selama 3 hari!.... la nie dh blk semula ke Perak!makasih pada yg sudi brtandang ke umah atie.Kt bawah tue,menu atie arini..lama dapor dh x berasap menjak g KL.....Insallh,atie akan mengunjungi korang semua!!Daaaaaaa...
MASAK LEMAK CILIAPI PUCUK PAKU
Bahan-bahan:
1 Ikat Pucuk Paku
1 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
Sedikit Ikan Bilis
2 Ketul Tauhu
1 Biji Tomato
Bahan Tumbuk:
12 Biji Cili Api
2 Ulas Bawang Merah
1/2 Inci Kunyit Hidup/Serbuk Kunyit
Sedikit Garam
Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan masakkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4.Masukkan pula buah tomato yg telah dibelah 2/4 serta tauhu yg telah dipotong 8,biarkan mendidih sekejap lagi.
4. Bila dah nampak mendidh, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yg lain.
No comments:
Post a Comment