Sunday, October 27, 2013

GULAI LEMAK CILI PADI IKAN SEPAT

Salam & slmt tghari semua.
Dah siap juadah tghari korang....ada yg sdg menjamu selera ya?
Alhamdulilahhh,rezeki kita hari ni.
Antara juadah tghari kat umah atie..
Gulai lemak ciliapi ikan sepat...msk pon tak byk...sekor jer
Sbb klu gulai ikan2 ni
...kami tak bape gemar
Suka cedok kuah jer..jd drp ikan trgolek2 gitu jer...baik msk sekor jer.
Sebnrnya trliur
 bila tgk kak ummizaihadi msk gulai sepat ngan nanas..tp umah atie xdak nanas...msk ikan sepat jer la.
Thanks kak ummi brkongsi resepi

Sumber Resepi:( Ummi @ Home Sweet Home)
Kongsi bersama:azatie



Bahan:-

  • 5 ekor ikan sepat masin (sederhana besar, cuci bersih)-atie guna ikan sepat fresh sekor je!
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 batang serai - dititik-atie 1 btg
  • 1/2 biji nenas madu saiz kecil (yg sedang2 masak)-takder!
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Kisar/Tumbuk Halus:-
  • 8 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara Memasak:-
  1. Ikan sepat dicuci dan rendam 20 minit dalam air garam untuk menghilangkan rasa terlalu masin pada ikan (*petua la ni eh)
  2. Panaskan minyak dalam caserol, masukkan bahan-bahan kisar dan serai dan kacau hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan sepat dan balik-balikkan biar mesra dengan cili sekejap.
  4. Masukkan santan cair , asam gelugor dan nenas. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan akhir sekali santan pekat. Kacau dan bila nampak hampir mendidih dan seimbangkan rasa. Tutup api.

5 comments:

Acik Erna said...

atie..acik pun terliur ni..tapi kalau ikan sepat ni acik suka goreng cili api..sedapnya

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya.. aiza selalu ikan sepat buat goreng..

Amie said...

ohh Atie... kalo lauk gini gerenti nasi 3 pinggan tak kurang!

Puan Kutu said...

dah lama sgt sy tak makan ikan sepat..ssh nak carik skang ni..klu goreng rapuh2 je pun sedap..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya tgk ikan sepat...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™