Thursday, October 10, 2013

Sambal Tumis Telur Puyuh

Salam semua.
Br sempat nk update blog..hadoiii bznya semacam jer(^_^)
Arini 
atie nk menayang juadah yg kami nikmati semlm...sambal telur puyuh!
Nampak tak..sambalnya merah jerr kan?
Pedas OOOO..
Tp sungguh menyelerakn
Pg semlm g market kat Teluk Intan
Tu yg jumpa telur burung puyuh ni
1 bungkusan tu
 dlm 7 henggit tp bykkkkkk telurnya!

Bahan-bahannya:(sumber:Anis'Dairy)

30 tangkai cili kering - kisar
3 biji bawang besar - kisar
1 biji bawang holland - hiris bulat
1-2 ulas bawang putih - kisar
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
segenggam ikan bilis halus
garam, gula secukupnya
secubit perasa
3 tray telur puyuh ( atie rebus 15 bji jer)

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama belacan hingga naik bau. Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
2. Masukkan gula dan perasa. Kacau lagi.
3. Masukkan telur puyuh dan gaulkan secara merata dengan sambal tadi. Masukkan pula ikan bilis halus dan kacau mesra.
4. Akhir sekali barulah rasakan dengan garam dan masukkan hirisan bawang holland.
5. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

*telur puyuh hendaklah dicuci dahulu kemudian barulah direbus hingga masak, kupas kulit telur puyuh dengan cermat agar rupanya licin dan cantik

13 comments:

Mizz Aiza said...

wah.. sedapnya.. :D

Puan Kutu said...

dah lama tak makan telur puyuh,masakmacamni mmg peberet kami sekeluarga la..sedapnya!

percaya tak sy tak pernah beli telur puyuh utk msk?klu makan dekat kedai je.hehe

Acik Erna said...

assalam atie..yang paling acik suka ni..sambal telur puyuh

Kakzakie Purvit said...

Kalau kena dgn nasi lemak laaagi sedap ni Atie.

Qhaifa Nur said...

kalau anak Nur kat rumah tu..telur kuning tergolek dalam pinggan..tak mahu dimakannya kak atie

Adriannasyaz said...

Saya suka sambl tumis tlur puyuh ni..tmbh klu letak gula..nyum2

Ibu Lala said...

Sedapnya....

Unknown said...

NYUM3! sedapnya :) LAPAR tiba2 ni :(

Unknown said...

alahai, sodap ehhh kak atie ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sedapnya..

Unknown said...

uih~ sedapnye..:P
kalo telur puyuh nih sekali masuk mulut jer kan~ kecik molek.. hehehe

Unknown said...

paberet ni kak.. semulut sebiji telur.. hahaha

Unknown said...

sedap2... isk.. isk.. lapar jadinya ni ha..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™