Friday, May 23, 2014

Gulai Pisang Emas Muda

Assalamualaikum
Dah lama xder n3 msk memsk yer..sbkkk ngn GOLD jer
Hehe..br nak mula biz kena promote dak?
Ni citer mskkn semlm yer
Jgn sapa2 lak mintak
Habih dah!
Tgk gulai pisang ni..tingat kat Adik
Minat dia lak ngan juadah org dolu2 ni...baguih la
Sampai atuk pon
Klu ada pisang emas dah 'tua'..mesti call
Suh dtg ambik sbb dia tau cucunya nan sorang ni suka.
Resepi copy dlm Majalah Wanita(thn 2000)

Sumber: Majalah Wanita Mac 2000

Bahan-Bahan:
1 sisir pisang emas muda
200 gm ikan bilis               

Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
10 biji ciliapi(blh kurangkn ciliapi..atie suka pds!)
1 biji kelapa (diambil santannya)
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara:
Kupas pisang dan potong isinya mengikut citarasa. Rendam di dalam air dan garam lebih kurang 10 minit.

Semasa proses rendaman, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar lebih kurang 5 minit.

Tuskan pisang dan masukkan ke dalam tumisan.

Masukkan santan dan didihkan sehingga pisang empuk. Angkat dan hidangkan mengikut selera.


1 comment:

Kakzakie said...

Oh pedas ni Atie sebab guna cili padi banyak. Kalau kakak biasa guna cili besar aje dan tak pedas.

Sedap ni kalau ada gandingan dgn ikan kering kan:)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™