Monday, May 26, 2014

Masak Lemak Cendawan Sisir + Keladi Lambuk

Salam
Cendawan sisir/kulat sisir mmg ssh nak jumpa 
Kecuali kdg2 trjumpa kat pasar tani
Klu jumpa mmg atie WAJIB beli
Sedap oooo
Buat lak msk lemak mmg nambah2 nasik ko!
Tp My IMAM tak bape reti mkn
Dia tkg tgk jer atie mkn..brselera wife dia....hehe
Jumpa aritu pon
Mahai reganya...tp sbb jarang jumpa..klu msk sedap lak
Pejam mata jer beli 2 longgok
Kali ni atie campur dgn keladi lambuk(derhaka dgn resepi madihaa)
TQ Madihah atas resepinya.Halalkn yer
Mkn ni tingat masa kecik2
Selalu tlg mak kutip cendawan sisir ni kat btg pkk getah yg mati
Jenuh ngutipnya!!

Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Kukur
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 cawan kulat sisir / kulat kukur kering
15 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
2 batang serai ~ dititik
900 ml santan sederhana pekat (MaDiHaA gunakan 200 ml santan kotak + 700 ml air)
garam & serbuk perasa secukupnya
Sedikit btg lambuk~potong anggaran 2 inci

Cara menyediakan.
1. Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam.  Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya.  Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Cucurkan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur.  Tumbuk manja2 je ye.
2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & bawang putih hingga lumat.
3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.  Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau.  Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur. 
4.Masukkan jg btg lambuk yg telah disiang..msk hingga layu.
5.Boleh dimatikan api bila dah secukup rasa. 

10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

jrg jumpa ni..mmg sedapppp.

Sweet red cherry said...

nampak sedap dan best makan tu kak atie

dear anies said...

SEDAP NYER AKK...

saniahibrahim said...

kat tempat akak ni mana nak jumpa lagi walau kat pasar tani pun ...mujorlah tak mengidam.
memang sedap sangat ni atie...akak zmn budk2 dulu pun suka ikut mak kutip kulat ni.

Unknown said...

Dekat sini ada orang panggil cendawan sisir, ada paggil kulat.. hehe

JunAina said...

Kalau Aina cendawan sisir ni buat goreng kuning.

Amie said...

samalah pengalaman kita masa kecik2 dulu Atie... lagilah kalau musim hujan, cepat je tumbuh cendawan sisir tu atas batang getah, lepas tu kami kutip pulak paku pakis udang... bawa pulang, emak masak tumis... aduhaaaiiii

Teratak pena said...

sedapnya kak Atie... kalau dengan nangka ni pun sedap gak

Gee® said...

Wah! terlior dibuatnya... teringat mak mertua k.gee goreng pedas kulat sisir ni... tumbuk dan campurkn ikan bilis dan cili padi... sedap...

www.77yum.com said...

人妻成人視訊
av情色性愛視頻
情色成人視訊聊天室
av情色性愛視頻
應招女郎內射影片
成人情侶自拍的性愛影片
成人情侶自拍的性愛影片
免費直播視訊聊天
人妻自拍生活照

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™