Tuesday, May 20, 2014

Kuey Teow Kerang

Salam
Sarapan kami hari ini..kuey teow kerang goreng jerrr
Simple tp mengenyangkn
Terima kasih kpd zarin yg brkongsi resepi yer
Tak ikut semua pon 
Sbb ada antara bhn2,,xder kat gobok ajaib atie tu
Jemput semua..
Jap lg nak g TI..utk penghtran kuah pecal 3kg
Kat Hospital Teluk Intan
Ada misi kat dlm tu order...Alhamdulilahhh
Sapa2 nk order kuah pecal
Pm/Email jer yer...

BAHAN BAHAN(Sumber:periukbelanga Zarin)

600 g kueteow
1 ikat daun kuchai - dipotong2
Taugeh...(sesuka hati lah nak banyak mana ye!) 
kerang – suka hati nak banyak mana 
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 tbsp besar cili kisar  
1 biji telur 
1 tbsp sos tomato 
4 tbsp kicap lemak manis
garam secukup rasa
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

CARA CARA
1.Cuci kueteow. Tos dan sejatkan. ( i suka bilas kuey teow sehelai demi sehelai so that bila dah masuk dlm kuali nanti senang nak gaulkan kuey teow dgn bahan sos tu)
2.Cuci taugeh dan daun kucai .toskan. Ketepikan.
3. panaskan sedikit minyak dan masukkan telur..jadikan macam scramble egg. keluarkan dari kuali and ketepikan
4.then panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum,

5. then masukkan kerang – tumis hingga air kerang kering dan kerang dah mengecut

6. then masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan sos tomato, kicap dan kacau rata, masukkan air 
8. Bila mendidih, masukkan kueteow, kecil kan api dan gaul kueteow hingga rata.
9.Masukkan daun kuchai, taugeh dan telur tadi
10. masukkan garam dan kacau rata dan tutup api dapur
11. boleh di hias dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau kasturi

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhamdulillah..sedap tgk..

zana fahmi said...

Atie dah bisnes pecal pulak? tahniah..mudah2an tambah maju.

Azura Aziz said...

huhuhu.. kak atie, sedapnya..

Bbwana adienia said...

sedapnya kak..ni salah satu feberet saya ni kak..

Rai Ourkizuna said...

kue tiau dengan kerang memang macam adik beradik.. best~

QasehnyaRania said...

kue teow goreng my peberet :)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™