Friday, December 17, 2010

Daging Masak Merah.

Alhamdllh, bertemu kita lagi di hari JUMAAT yg mulia..penuh keberkatan ini.apa kabar semua?dah siap ker masak tuk mkn tghari nanti?.pagi tadi kami bersarapan ngan mee goreng jer....& slps siap semua keje,atie terus ke dapur tuk menyediakan masakan tuk tghari lak(awai sikit msk...).Antara masakan yg atie masak...daging masak merah!..poberet anak pompuan atie(Adik) jgk(tgk la nanti..ulang-alik kedapur la dia..hihi)..psst**dia dh merungut,berat badan dia dh 'naik' cuti sekolah nih..hihi.ala Dik,sok2 dah blk asrama...kuruzzzz la blk(kata ibunya....).resepi nie,dah byk kali atie buat...tapi klu nk cuba...resepi kt bawah tuh!Daaaaa....

Bahan-Bahan:

300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
1 Sdb Sos Tiram-atie tambah
4 batang Putik Jagung-atie tambah
2 Biji Cili Hijau-hiris-atie tambah
2 Biji Cili Merah-hiris-atie tambah

Cara-Cara:
1.Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2.Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.
3.Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
4.Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
5.Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
6.Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
7.Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar.
8.Kacau seketika & angkat.


5 comments:

nur easy said...

salam hari jumaat.. sedapnya.. nak singgit nak singgit ;)

deqlis said...

salam ..

meh dtg amik award dr deqlis..

http://ellismelia.blogspot.com/2010/12/deqlis-nak-kasi-award.html

nampak sedap..tp deqlis tak makn daging... selalu tukar ke ayam:-)

Fiza Amran said...

k atie... kenapa kat kedai tue daging masak merah dia merah semcm

ieda said...

sedapnya kak ..
terliur saya nie .. kat umah ada daging ... ermmm got idea nowwww :))

Unknown said...

ini memang sedap... kesukaan kakyong gak ni..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™