Monday, December 20, 2010

Tomyam Campur.

Salam & selamat tghari semua...maybe dah pon makan tgharikan?arini atie masak tomyam campur(dah lama x buat rasanya..).selalu atie buat tomyam mmg guna resepi nie sbb...semua cukup!..ada lauknya ...sayur2nya....klu malas, xyah masak lauk lain..tomyam campur nie pon dah cukup.tomyam nie gak poberet Mylaling lar...atie lak kdg2 xde makan nasi...ratah tomyam nie je dah cukup kenyang....sbb tue,atie suka isi sayur banyak2.(atie suke mkn sayur!) .Adik xbape gemar tomyam nie...jadinya atie buat sambal udang & goreng ikan tuk tambahan hidangan.

Bahan-bahan ( 3-4 org )(sumber:zaraklateMYR)

½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)-atie belah 2 jer!
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
10 Ekor Udang-atie tambah.


Cara-cara

1.Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
2.Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
3.Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
4.Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
5.Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
6.Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

4 comments:

Ainismaira said...

sedapnya tomyam.. tbe2 rasa lapar..

ieda said...

sedapnya kak .. salah satu paberet saya hehehe

Unknown said...

kakchik pun suka tomyam campur kerana alasan yg sama dgn k.atie. kalau tak makan nasi, buat bihun tomyan pun sedap.

Kaz said...

Salam kak Atie, ni favourite Kaz ni. Kak Atie guna pes tomyam apa ya? Selalu Kaz guna Knorr atau adabi tp rasanya tak sesedap kalau yg makan kat kedai tu sbb diaorg guna pes tomyam dlm tin yg beli kat thailand tu.Nak beli yg tu tak berani pula sebab takut byk sgt pengawet dia.Sesekali mkn kat kedai takpalah kan.

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™