Friday, December 17, 2010

Donut Suria.

Selamat ptg semua..ngah bz buat kuih tuk minum ptg lak yer.mesti dah jemu negok daging masak merah atie tuekan?hihi...tukar gambar donut lak...kuih tuk minum ptg kt umah atie arini.rasanya umah kawan2 lain pon dah ramai tayang donut suria nie(sempena nama tuan punya resepi nih..).mmg sedap & gebuzzzz jer.klu ada yg nak cuba,resepi atie copy dari MYR..makasih aisyah.Selamat Bercuti gak tuk semuaaaaaaaaa....


Bahan-bahan ( 30 biji ikut saiz )(Sumber:Aisyah MYR)

Bahan A:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula kastor(gula pasir dikisar ngan blender pun boleh)
*Tambah 1/2 camca teh garam

Bahan B:
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast- tambah 20ml air tambahan jika perlu

Cara-cara

1.Satukan semua Bahan A. Buat lubang kat tengah adunan, kemudian masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A.
2.Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
3.Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan. (Kalau nak letak inti)
4.Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.(Jangan lebih masa, nanti terlalu naik-bila masak serap minyak)
5.Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.




5 comments:

nadazmi said...

nak satu pinggan..hehe..tamak sikit..

deqlis said...

wah nad_ira...satu pinggan tue...
hehe..deqlis nak jugakkk..:-)

ohh ada buh shortening yer.. nk try laa... wat dl tak buh shortening..thx for d resepi:-)

jamie said...

baru buat semalam...bentuk heart celup white choc, zigzag dgn coklat cair...mabeles. donut suria mmg best. salam kenal.

Unknown said...

Salam Atie...

Gebus! Betul Dona Tu...Bertuahnya Pagi Ni Singgah Umah Ate Dapat Award Dan Jamu Mata Dengan Donat...Perut Lapar Ni Belum Bfast....

Unknown said...

kakyong fail la bab buat donut ni....

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™