Salam semua.
Jgn sapa mintak lak ya..habih sudah!
Kek pisang ni atie msk...ari ahad semlm,utk Adik(anak pompuan) bwk blk ke asrama.
Pastu bg MIL sikit
Bg kakak ipar sikit...atie buat 2 adunan...tu yg dpt byk.
Terima kasih
Kpd RosJintan manis....atas resepi kek pisang yg gebu ni!
Inilah pisang raja yg trakhir... yg Apak bg aritu
Semua dah msk!
Tp bila guna pisang raja mmg lg sedap & wangi jerrrr
Jom cuci2 mata...(^_^)
Bahan2
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek-atie guna pisang raja
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder,
gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan
esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati,
selepas itu masukkan dalam acuan kek dan
bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan
atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
20 comments:
sedapnya nampak kek pisang Atie ni..akak x pernah lagi buat kek pisang..bila entah nak cuba buat..:)
fulamakkk.. nampak sedap sgt2~
boleh cuba buat utk anak2 jugak nanti.. terima kasih utk resipi..:)
Dah lama tak buat kek utk ank2 semenjak dah keje ni :(
salam kak atie,
rasa2nya, selain pisang, boleh diganti dengan apa ye?masalahnya tekak ina ni takleh terima kek pisang nih...ntah nape
Alahai... nmpk sedap sgt ni... senang jer kan nak buat, tp x prnh buat lg lah say ani...
p/s Azatie, sy ada komen dkt sticky post di atas ni, mana link periuk2 di seblh kanan blog Azatie ni?
assalam
k azatie sedap tu wangi bau kek pisang tu
sedapnya kak tie kek pisang...terliur saya..
pehhh ni betul2 sedap ni kak.. terliur jijah.. nmpk pisang dia tu ha..
Kek pisang..nnti leh try...
kek pisang memang sedap.. saya pun suka sangat buat kek pisang..sedap dan moist.
KZ pun pernah buat, malangnya rakyat kat rumah ni tak berapa berkenan kek pisang.
sedapnya kak, gebu gebas nampaknya, rasa apatah lagi kan ;)
nak cuba juga atie..in syaa allah..pisang raja yang acik beli pun dah masak
Lamanya tak makan kek pisang, bila singgah terus rasa teringin nak makan ;D
sedapppnya kak..
nampak gebusss... sekejapjer habisni...
memg gebu kak atie
wah,ada pulak hiasan kat atas tu ye,selalu mkn kek pisang,kosong je,heee
tgh2 lapar tgk kek pisang kak atie terasa nak ngap je.. terliur saya..heheh
mmg suka buat mudah & simple sgt. Yg penting sedap kan !
Post a Comment