Thursday, February 20, 2014

Ikan Selar Kuning Masak Sambal Lada Hidup

Salam
Tak sabarnya nak mkn yg pedas2 nih!
Rasa mcm tak selera nk mkn... klu xder yg menyengat rasa!!
Jdnya arini
Atie pon mensambalkn ikan selar kuning
Msk pon tak byk 2 ekor jer
Br puas mkn..tak la batuk pon..langgar pantang sat nooo
Resepi dr umah Mak Lang Ani(yg dah lama menyepi)
Terima kasih brkongsi resepi ya mak lang
Halalkn atie copy resepinya
Slmt mencuba ya kengkawan
Sonang joooo...

Resepi :(sumber:Mak Lang Ani)

Ikan selar kuning 3 ekor
10 biji lada merah hidup
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Air asam jawa secukup nya
Garam dan gula secukup nya
Minyak secukupnya untuk menggorang dan menumis


Cara memasak nya :

Basuh bersih ikan dan kerat dua setiap ekor. Lumur kan kunyit dan garam pada ikan. Gorengkan ikan bersama minyak, setelah masak ketepikan.
Blend lada hidup yang di potong kecil bersama bawang merah dan bawang putih.
Panas kan kuali bersama sedikit minyak. Setelah panas tumis kan bahan yang di blender tadi hingga naik bau. Masuk kan garam dan gula.
Setelah garing dan masak ladanya masuk kan air asam jawa. Biar kan sehingga sambal mendidih dan menjadi pekat.  Rasa kan masin dan manis nya. Masuk kan bawang besar. Kacau mesra.
Setelah masak boleh lah di curah kan pada ikan yang telah di goreng tadi.
Hidang kan untuk dinikmati.


2 comments:

QasehnyaRania said...

sedap. tapi tu la kalau saya kena tukar ikan kembung la,sbb ikan selar saya tak makan. hihi

kak saya tag akak join GA.. jom
http://lobaksusue.blogspot.com/2014/02/saya-nak-blouse-cantik-dan-murah-dari.html

Kesuma Angsana said...

yang ini mmg simple & sedap lah !

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™