Thursday, February 6, 2014

Nasi Goreng Ayam


Salam semua.
Jgn sapa2 mintak lak ya..habih dah!
Atie masak ni...masa Adik pulang bercuti sempena CNY aritu.
Dah lama tak buat
Tingin la pulak...mmg sedap!
Terima kasih kpd empunya resepi...
Kpd aroha mizwa & izahdaut....atie copy resepinya dr 'umah' diaorg je.
Pada yg blm pernah mencubanya
Blh try...tak ssh mana pon
Slmt mencuba yer

Sambil2 tu cuci2 mata tgk brgan yg atie jual..hehe


Bahan-bahannya:(sumber:aroha mizwa,izahdaut)

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair
sedikit kiub yam
garam lada hitam
daun ketumbar
2 cawan beras basmathi-cuci toskan (atie guna beras biasa )


Cara-caranya:
1.Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
2.Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
3.Tuangkan susu cair dan 5 cawan air.
4.Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
5.Masak nasi hingga masak.


9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sEDAPNYA KAK..ALHAMDULILLAH..

lieyalatif said...

lieya penah buat gak...sedap kan...anak2 suke...weekend ni boleh la buat lagi...dah lame tak buat ....anak2 makan mmg bertambah....nanti lieya ikut resepi yg ni plak...

cheqna said...

nak try la..
ayam tu goreng dulu erk kak

Petak Bunga said...

guna berasmati sedap kan

Kerull Nazeem said...

Assalammualaikum kak atie..lama tak datang sini..tak pernah buat nasi goreng ayam macamni..boleh cuba ni..

Cho Zila said...

nampak sedap.. nampak senang.. boleh dicuba.. kalau anak suka memang buat selaluler..

Bbwana adienia said...

best ni makan nasi goreng time lapar ni..

Khai♥Rin : anies said...

jd lapo semula!

QasehnyaRania said...

ingtkan nasi goreng ayam tadi lain rupenya..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™