Thursday, September 29, 2011

Bubur Pulut Hitam

Salam & slmt ptg semua.menu tghari tadi simple jer & tuk minum ptg nie atie masak bubur pulut hitam.tingin lak nk makan bubur arini.hihi.atie buat pon xbyk sikit jer lam 2 genggam pulut hitam kot sbb MyLaling bknnya minat sgt...wifenya yg kemaruk nk mkn bubur ni(xder apa 2 tau..bkn ngidam ya:D)
Oh ya,GA kat blog contest atie akan DITUTUP pada esok hari dlm kul 12mlm.pada yg nak join...masa sempat lg.pada kesemua para peserta,GOOD LUCK.atie pon xsabar nk tau sapa yg akan menang.harap2 semua akan happy ngan hadiah yg bakal atie berikan.Xder la kete sebijik....rumah banglo sebuah...X mampu den!hanya sekadar taNda ingatan dr atie sekluarga yg amat menghargai peyertaan korang semua.Atie pon xjangka dah melebehi 100 org peserta!.Alhamdllh.
Seblm tue,jom makan bubur pulut hitammmmmm...


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.

7 comments:

Zefa NorAsmara said...

Sedapnya kak, dah lama tak mkn buburni.. :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam zefa..makan sejok2 lg best!

Acik Erna said...

assalam azatie..lama dah tak buat bubur pulut hitam ni..teringin pulak.
biasanya kalau makan pulut hitam ni..akak suka letak santan mentah yang dah letak garam sikit..sedap..lemak je..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Erna..atie xpernah lagi mkn yg taruk santan mentah:D
lagi sedap ya?

EmbunRosaliza said...

Assalam atie sedapnya bubur pulut hitam, lama tak buat, anak2 tak suka, minta kat umah atie la semangkuk heheh

anis said...

assalamualaikum atie.
dah lama sy tak mkn bubur pulut hitam ni, apa kata bg sy semangkuk blh tak? hehe...
ms kat kb byk jual pulut hitam ni tp kat kuching mmg tak jumpa lg. huhu

anitadiana said...

sedapnya..kak ita malas tol nak buat bubur ne..kak ita suka makan tapi yg kat rumah tu kurang sikit bubur pulut itam ne..ada lagi dalam almari tu ..pulut itam beli kat padang besar dulu..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™