Saturday, May 8, 2010

Asam pedas ikan pari & kuih talam keladi.

Salam...selamat berhari mggu,g mana arini?masing2 sudah ada rancangan kan!....apapon yg korang lakukan moga happy bersama kluarga masing2 yer.pg tadi kitaorg bekpes ngan kuih talam keladi(semlm buat)...tghari lak atie masak yg pedas2 & masam2....apalg, asam pedas ikan pari la & tumis sayur kcg pjg+ udang(x tempek).sebenarnya atie nie jarang msk asam pedas....sbb atie sorang jer yg suka mkn.....Mylaling mkn gak(sikit la) tp anak2 mmg langsung x sentuh(depa kat brbau.... isi daun kesum & bunga kantan..tue yg kata brbau!!)....dah tinggai berdua nie,atie masak la....kebetulan pg tadi masa g kedai,atie beli ikan pari.syurrrrrp!...atie hirup kuahnya..ngeeeeeee. jom makan....



Bahan-bahan:
*1/2 kg ikan pari
*6 biji bawang merah (ditumbuk)
*4 ulas bawang putih (ditumbuk)
*1 inci halia (ditumbuk)
*2 batang serai (dipecah2kan)
*belacan sebesar duit 50 sen
*2 helai daun limau purut (x isi,xdak)
*cili kering (bila kite blend dlm blender tu dia jadi 500 ml)

*** rempah yang perlu disangan***
*1 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan lada hitam

Bahan sampingan:
2 biji buah tomato
5 batang bendi(x isi)
asam jawa segenggam (dicampur dgn air menjadi 1 liter)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Basuh bersih ikan dengan limau kasturi. sediakan bahan2 tumbuk.
2.panaskan secawan minyak masak. tumis bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan. bila dah garing masukkan cili yg telah dkisar tadi. 3.setelah pecah minyak, boleh la masukkan daun limau purut dan juga ikan pari yg telah dibersihkan.
4.masukkan juga rempah2 yg telah disangan dan juga ditumbuk tu.
5.setelah ikan separuh masak, masukkan pula air asam jawa.
6.biarkan mendidih untuk beberapa ketika. dan boleh lah ditambah dengan bhn sampingan tu... tomato dan bendi. jgn lupa masukkan garam dan rasa la kemasinan dan kemasaman kuah tu tadi.

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak atie!! Happy mothers day to akak!!! sedapnyerrr talam tu! ni yg rasa gatalk jugak nak buat nii hihihi.. nanti free carik keladi :D

Datin El said...

salam atie

dua2 sedap..slamat hari ibu to atie..

KAKNORLI said...

salam Atie..ALAHAI..favourite akak Pari asam pedas...atau asam pedas tumis..tu..pengsan kalau dpt..makan dgn ikan goreng pulak...mood satu hari mesti cool. selamat hari ibu...pada Atie..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™