Saturday, September 10, 2011

Gulai Kari Hati Ayam

Salam semua...br sempat nk n3 masakan arini iaitu gulai kari hati ayam(poberet MyLaling).buat pon xbyk dlm 4 ketul hati jer....kami brtiga makan hingga ke mlm.Alhamdllh,rezeki hari ini.terima kasiah pada k.InaKL atas resepinya ini.
Sebenarnya atie sshati nie sbb trkenangkn anak pompuan atie(Adik) yg g perkhemahan unit beruniform sekolah asramanya ke Lata Beringin,kelantan.Bkn apa..mcm2 atie fikirkn.
Semoga Adik & kumpulan perkhemahannya selamat serta tiada yg buruk brlaku.mmg berat hati nk tandatgn surat pelepasan tp dah Adik beria2 nk g....syian lak.nanti kecewa pulak dia.seblm bertolak tue ada Adik tepon...mcm2 atie pesan kat dia.maklum la masuk hutan & anak dara atie sorang jer...pergi tanpa kami lak.Insallh,esok mereka akan kembali ke asrama semula.semoga sampai dgn selamat.Amin

Bahan-bahan(sumber:K.InaKL)
  • 1 ekor ayam-potong 16(atie ganti ngan hati ayam)
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4(atie xisi)
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.

5 comments:

deqlis said...

singgah sini...kak ti, deqlis tak reti nak makan hati ayam nie...klu kari biasa kari ikan dan ayam jer..

pepun wah!nampak pekat kuah tu..:)

fieda said...

sedap nya kak tie.... umah saya ni x mkn ati ayam la plk..saya suka tp x mkn byk la...kak atie..xder ape2 kakak tu..doakan yg terbaik ye..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Deqlis..k.atie pon xminat sgt cuma HB k.atie yg suker...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fieda...tue la mmg risau sgt.harap2 xder la apa2 yg buruk brlaku...

Unknown said...

Ni resepi ajaib ni... mula2 ayam diganti hati ayam... last2 jadi burung puyuh?!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™