Tuesday, January 11, 2011

Onde-Onde@ Buah Melaka.

Salam..selamat pg semua.nie n3 trtunggak...kuih tuk minum ptg kitaorg semlm..buat pon xbyk sbb berdua jer kan?.kuih nie mmg poberet Adik(semlm dia cal...rindu katanya..huuuu).citer pasai Adik....Sabtu lps kami ziarah dia kt asrama,ceria la jgk..sembang2 & bawakkan 'jajan' tuknya.semlm pon cal gak...dia mintak atie doakn dia.... sbb arini dia menyertai 'pertandingan Bahas dlm Bahasa Inggeris'.Semoga kumpulan dia berjaya...Amin.mmg setiap ibubapa inginkn yg trbaik tuk anak2 kita kan?Doa atie tuk anak2 sentiasa mengiringi perjlnan hidup mereka..okey la,sapa nk cuba)semua dah pandai kan?..)leh try resepi kt bwh tuh!Daaaa...



ONDE-ONDE@ BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:(sumber:K.Liza)

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan


3 comments:

aidah said...

Salam Azatie,
sy tak pernah buat kuih ni, hanya pandai makan je

kasihredha said...

akak selalu buat sebab akak suka sgt kuih ni...bestnya

shayerrr said...

alahai terigt masa kecik2 dulu kn tlg mak gentel menda alah nih...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™