Monday, January 10, 2011

Pla Lui Suan@ Ikan Dalam Taman.

Salammmm..selamat ptg jugak.arini kt umah atie menu siam....sawadikapppp!!kt umah kwn2 pon dah ramai masak pla lui suan nie....trutama umah k.nor & k.inaKL.makasih pada tuan punya resepi yer..makasih gak pd k.inaKL(atie copy dr sana jer..)mintak izin yer kak!.lama dah tingin nk masak ikan siakap cara gini...Alhamdllh, menjadik gak.Mylaling pon heran gak.... bila atie habaq nama masakan nih!hikhik.Pada yg ingin mencuba...resepinya ada kt bawah nun...blh cuba!Daaaa..



Bahan-bahan:(sumber k.inaKL)

1 ekor ikan siakap
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 biji cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai-resepinya kt bawah nun!

Cara-cara

1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Curah bahan-bahan ni atas ikan yg dah siap digoreng tadi.
4. Taburkan daun ketumbar dan boleh lah dihidangkan..



PES CILI SANGAI

Bahan-bahannya
1 cawan udang kering
2 cawan barang putih
2 cawan bawang merah
1 cawan cili kering
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran
Cara-caranya

1. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus.
2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yang telah di potong. Goreng sehingga bawang-bawang keemasan. Ketepi kan sebentar.
3. Tumbuk bahan-bahan yg digoreng tadi bersama udang kering. (akak blend aje..dasar pemalas)
4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin tadi hingga wangi.
5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
6. Masaklah dengan api sederhana hingga pes menjadi pekat.
7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

6 comments:

Ogy said...

makkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
sodappnyaaaaaaaaaaaa!!!
heheeheh...tq for sharing the resepi...leh try ni masa rajin nnti...hehehe

tp sos ikan tu susah nk cari buatan mesia kan, selalu yg ai jumpa dr thai...tp ade gak tulis halal..tie guna yg tu ke?

LinRosLy said...

Salam Atie... ikan siakap 3 rasa dalam taman...hehehe..

ieda said...

wow .. nampak menarik kak .. lapooor lah pulakk tgk nie :)

nur easy said...

wah asyiknya.. leh cuba ni. tp sos ikan takda la pulak. ok ke? ;)

~~zAnAfAhMi~~ said...

kap kun kap!!haha...org sana dgr mesti marah...wah ada plak mskn dr sana ye? boleh cuba ni..

aidah said...

Wah ingat org je dalam hati ada taman, ikan dalam taman pun ada.

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™