Monday, March 26, 2012

SeriKaya HomeMade

Salam semua & slmt pg di hari isnin....pagi ni atie tak masak sarapan,Mylaling g beli nasi lemak kat luar jer.
Sekali sekala apa salahnya kan..atie cuma bancuh air jer kat umah.
2 hari lps mmg atie langsung xbukak tenet sbb xder line...nape entah.Maka inilah xtvt atie semlm...serikaya homemade.
Kalernya xbape cantik sgt sbb gula hangus atie terrrrrgelap sikit.Tp rasanya sedap!
InsyaAllah,dah ada serikaya ni leh la msk kuih menggunaknnya.kuih apa?tungguuuuuuuuu
Sapa2 nk cuba blh la menggunakn resepi milik noreen ni.Pada noreen..terima kasih ya.

Bahan-bahan (500ml):(Sumber:Noreen-homecooking)

1/2 cawan (115gm) gula pasir

3 biji telur

1 1/2 cawan santan

2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

1 cawan gula pasir (225gm)

1 cawan air

cara:

masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas

angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik

dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati

proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus

kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2

apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk

kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara

jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

17 comments:

Nini D.. said...

nmpk menyelerakan...kalo sapu pada roti mmg best!

izahdaut said...

sedapnyer kak.. kalau home made ni lagi boleh buat banyak kan. pastu buat roti kak atie.. sedap roti homemade padan ngan kaya homemade ;-)

Kakzakie Purvit said...

Apa susah lagi dah siap sapulah kat roti masuk tupperware buat bekal ke sekolah/ofis... baguslah atie..

Kakak minat bab resepi yg mudah dan memang digunakan selalu.

Unknown said...

Homemade kaya ni memang dlm otak dah, entah bila nak buat. Anak bujang akak tu kepala angin, time dia suka...hari2 nak, bila jemu...sentoh pun tak.

bunga_rose said...

nampak sedap ;).. teringat seri kaya yang selalu mak masak masa sekolah dulu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum3...mnyelerakan..

Saya Disini said...

sedpnye tngk..

Acik Erna said...

assalam azatie..dah siap inti kuih pau ni....he he

kurus said...

cicah roti .. cicah roti kak ekkeke ;)

Cikrosecute said...

sedapnya kak tie sungguh menyelerakan...

aanie said...

wah, kak atie buat sendiri? mesti lagi sedap kaya ni sb air tangan sendiri....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

home made, memang terrajin & terbaekkk!!

::CIK LYNN:: said...

waa...nti bleh la cuba wat...=)

Qhaifa Nur said...

serikaya buatan sendiri lagi...
sedapppnya...

ajumohit said...

Meleleh airliur saya baca entry kak atie, makan roti kaya letak butter pehghh!!! Sodap heheh

IntaNBerliaN said...

ooo senang je buat.. nk try lh nanti...hihii

fieda said...

mmg terangkat..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™