Saturday, March 31, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN SEMUA!!

Salam semua...slmt pg!.Dikesempatan ini atie nak mengucapkn HAPPY BIRTHDAY kpd insan2 kesygan dalam hidup atie!

SELAMAT ULANGTAHUN(30/3).. kpd satu2 kakak atie...Nyeah yg dok kat Puchong nun.
Atie doakn semoga Nyeah pjg usia...murah rezeki...bahgia dlm melayari alam rumahtangga.
Semoga menjadi isteri yg solehah & Mak yg trbaik tuk anak2.Terima kasih menjadi kakak yg trbaik tuk atie....
SELAMAT ULANGTAHUN jg kpd kesemua anakbuah2 atie yg menyambut besday mereka pd bulan march ini iatu....

Alif-22/3
Amar-16/3
Faqirah-29/3
Affrienna-29/3

Mak Yang doakn kalian semua dipjgkn usia,berjaya dalam pelajaran,jadilah anak2 yg soleh & solehah serta jgn nakal2 ya.Aminnnn

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WENDNESDAY

Sebelom menutup mata tuk tidur..nak gak buat WW tuk arini..hihi

Kisah Balik Kampung.

Salam semua...sebenarnya semlm atie balik kg jap,sbb nk bawak Apak g rawatan & ambik ubat kat hospital.
Kg atie bkn jauh sgt..drive dalam sejam lbh,sampai lar..cuma tu lah kdg2 MyLaling sibuk,xdpt nk balik selalu tp TIAP2 BULAN kami akan meluangkn masa ziarah apak kt kg.
Awai pg lps bersarapan..kami brgerak ke kg,cuaca mmg hujan cuma kt kg mendung jer...sampai kg,Apak dah siap!hihi
Ambil masa g ambik ubat sbb...biasa la ramai org.Nie lah Hospital tpt org2 kg membuat rawatan,ambik ubat/dimasukkan ke wad.
Apak dulu masa tk sihat,kat sinilah ditptkn...Arwah Mak gak.Rasanya atie xpernah masuk wad kat sini..ambik ubat ada sekali tuk Adik sbb cirit birit kat kg.
Dah selesai urusan..
bwk Apak g jalan2...makan2.Siap atie tapau lauk tuk Apak....mlmnya nanti xyah la Apak ssh2 nk msk.
Masa nk blk tu...ajak gak Apak dok kat umah atie sehari-2,tp cam biasa la...mcm2 dirisaukn,xmo tinggaikn umah.
Semoga ALLAH sentiasa berikn kesihatan yg baik & dipjgkn usia Apak...utk kami adik beradik & anak2 kami bermanja.Aminnnn


Pecal.

Salam semua..slmt tghari juga.Alhamdulilah,cuaca arini panas brbanding semlm..hujan!.
Bukan apa,arini atie dok membasuh selimut tebal...klu xpanas,takut xkering jer :D.
Masing2 dah siap memasak ke?...atau ada yg sedang menjamu selera.Selamat menjamu selera korang!
Atie pon dah siap memasak...simple jer menunya,antaranya pecal ni lar.
Dah kawen ngan org jowo,
kena la pandai mkn pecal dak?hihi
Klu atie suka ratah jer..xpandai nk mkn sekali ngan nasi.
Antara sayurannya...pucuk pakupucuk paku,taugeh,timun & sengkuang.


Monday, March 26, 2012

Selamat UlangTahun Adikku.


Seblm trlambat atie nk ucapkn 'selamat ulangtahun' kpd adik kesygan atie...KAK yg dok kat penang nunnnnn.
Korang pelik tak?adik atie tp panggil KAK...ala nk buat camna dah biasa dr kecik panggil camtu ,walhal namanya ZUE.
Kak Yang doakn semoga kak pjg umur,murah rezeki,bahgia melayari alam rumahtangga & menjadi seorg isteri yg solehah & mama yg mithali.
Aminnnnnn

Pau Kukus Inti Serikaya

Salam..slmt ptg semua.Ptg ni atie projek men'gepau' lak...maklum la serikaya fresh byk buat semlm.
Mkn panas2..mmg lembut tp pau atie ni idak la semulus...segebu...selicin cam korang-korang buat,boleh la buat mkn berdua :D
Resepi?Emm..xyah la,korang pon mmg dah terer buat pau kan?Layan ajelah pau yg kurengggg menawan ni..jemput mkn semua.

SeriKaya HomeMade

Salam semua & slmt pg di hari isnin....pagi ni atie tak masak sarapan,Mylaling g beli nasi lemak kat luar jer.
Sekali sekala apa salahnya kan..atie cuma bancuh air jer kat umah.
2 hari lps mmg atie langsung xbukak tenet sbb xder line...nape entah.Maka inilah xtvt atie semlm...serikaya homemade.
Kalernya xbape cantik sgt sbb gula hangus atie terrrrrgelap sikit.Tp rasanya sedap!
InsyaAllah,dah ada serikaya ni leh la msk kuih menggunaknnya.kuih apa?tungguuuuuuuuu
Sapa2 nk cuba blh la menggunakn resepi milik noreen ni.Pada noreen..terima kasih ya.

Bahan-bahan (500ml):(Sumber:Noreen-homecooking)

1/2 cawan (115gm) gula pasir

3 biji telur

1 1/2 cawan santan

2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

1 cawan gula pasir (225gm)

1 cawan air

cara:

masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas

angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik

dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati

proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus

kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2

apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk

kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara

jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

Friday, March 23, 2012

RENUNGAN BUAT KITA

Masak Lemak Pucuk Paku

Salam semua...dah lama xmasak pucuk paku,kebetulan kat Taman ni ada pasar mlm...atie beli la seikat.Dah siap masak,dpt la semangkuk.Jadilah kan..
Resepi masih menggunakn resepi yg biasa atie guna...mudah & sedap.Nak jemput makan,masing2 pon dah kenyang.Cuci mata ajelah ya
Cuaca arini panas betul ,kain kat penyidai pon cepat kering..kul 11 pg atie dah mengangkat kain...dh siap lipat & gosok .Pastu asyik minum jer..klu dapat cendol,pasti bestkan?
Bahan-Bahan:

1 Ikat pucuk paku
1 Cawan santan cair
2 Cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis atau udang kering
1/2 Keping asam keping-atie tambah(jgn byk sgt isi nanti masam sgt lak)

Bahan Mesin:
15 Biji cili api
2 Ulas bawang merah
1/2 Inci kunyit hidup
Garam

Cara-cara:

1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan masakkan sehingga mendideh.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.

Sekadar Renungan Untuk WANITA.

Renungkan ke dalam diri ...adakah INI kita?

Salam Di Pagi Jumaat.

Thursday, March 22, 2012

Tahniah K.Ngah!

Salam & selamat mlm.Keputusan SPM dah pon keluar semlm..antara yg mengambil exam SPM tahun lps ialah anakbuah atie,iaitu anak kakak kat Puchong nun.
Br pg tadi cal..Alhamdllh anakbuah atie, Asyikin(atau kitaorg panggil dia k.ngah)...telah mendpt keputusan yg cemerlang,8A 1B.
Masa exam PMR dua tahun lps,dia dpt 9A.
Semoga keputusan cemerlang k.ngah ini akan menjadi penguat semangat tuk anak2 atie mencapai kejayaan seperti sepupu mereka ini.Aminn
Kpd kakak atie & abg Ipar...Tahniah kerana brjaya mendidik anak mereka dgn cemerlang.
Mak Yang doakn semoga kejayaan sentiasa menjadi milik k.ngah....& membanggakn mak & Abah.Aminn

Roti Canai & Sambal TUmis Ikan Bilis.

Salam & slmt pagi semuaaaaaa.Pagi ni kami menjamu selera dengan roti canai jer..sebenarnya buat masa anak2 balik aritu & bakinya atie frozenkan.
Klu time2 malas cam arini(hihi)...panaskn atas dapo jer.
Cicahnya pon...cicah tuk org malas buat kuah kari,atie masak sambal tumis ikan bilis jer.
Alhamdulilah,rezeki MyLaling sblm g keje.
Lepas makan roti canai..jadi malas lak!.
Siap jer sidai kain kat ampaian luar....golek2 sorang2 atas katil sambil dok pikir nak masak apa tghari nanti.Emmmm...any idea?
Bahan-bahan:(atie guna tangan jer..xder bread machine)

550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

1.masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati.masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
2.uli hingga jadi doh rehatkan doh selama 10min
3.uli lagi selama 5min
4.**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ianya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
5.advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min.
6.selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2.
7.produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
8.Kemudian blh la dimasakkan atas dapur hingga masak..hidangkan.
jadi la ada gak ghupa roti canai dak?hihi

Ahad Yang Sibuk!

Salam...kisah ahad lps yg sgt sibuk buat kami sekluarga.Kebetulan pula hari Ahad aritu,anak2 atie balik ke asrama serentak..hari yg sama!
Disbbkn sekolah Adik dekat...
htr Adik dulu & trpaksa awal kami htr ke asrama,takut nanti Abgnya trlewat sampai ke asrama lak.
Hari tu gak, g umah Embah(nenek) tp pg lar...dia nk jumpa cucunya seblm balik ke asrama.Sibbaek la baju2 & brg2 lain dah atie siapkn trlbh awal.
Nie la sekolah asrama Adik..SABDA
Seperti yg dijangka pasti JAM kat Tanjung Karang...hadoiiii.Dah la kami kejar masa nk htr Abg.Alhamdllh,kami sempat sampai ke asrama seblm Maghrib.
Mmg sedih berpisah dgn kedua anak atie serentak...semoga ALLAH sentiasa melindungi mereka & terangkn pintu hati dlm menimba ilmu utk mencapai kejayaan.Aminnnn
Slps htr Abg,kami bertolak ke KL lak...nak cari tpt penginapan sbb hari isnin ada hal kat Klang.Biasa xpernah nginap pon klu htr Abg kat asrama...terus balik perak jer.
Keesokan harinya pagi2 lagi kami dah bertolak ke Klang...tempat yg dituju ialah Jabatan Imigresen.Disbbkn masih awal lagi,kami bersarapan kat kedai depan imigresen tu,sedap betul nasi lemaknya.Patut la ramai org kat situ...ada sapa2 pernah mkn kat situ tak?
Kami ke Imigresen sbb menguruskan pasport 2 pekerja Indon MyLaling.Dah settle kat Imigresen Klang...g lak kat Imigresen Shah Alam(kompleks PKNS).
Punya lama urusan kat situ dr kul 10pg-1tghari!..Alhamdulilah,semua dah settle...kami bertolak ke Perak semula.

Selamat malam semua!

Kpd semua...selamat mlm & bangunlh diesok hari dengan perasaan yg gembira & sentiasa trsenyum!

Wednesday, March 21, 2012

WORDLESS WENDNESDAY

Tetiba rindu ngan Dak tomei gebu ni!!

Sambal Kering Peparu

Salam semua & slmt ptg,...mesti masing2 pon dah siap memasak & menjamu selera.Menu apa arini?Yg pasti akan mengamit selera seluruh kluarga korang semuakan.
Alhamdulilah,rezeki kami sekluarga(berdua jer...)...sambal kering peparu(atie tambah limpa sikit).Klu masak2 camni mmg poberet MyLaling lar...sonok tgk dia mkn!.
Resepi atie copy dr blog MG(dah mintak izin..TQ MG)
Jemput makan semua..ngah tggu MyLaling balik keje,br makan sama2..berkatttttt.

BAHAN-BAHANNYA (Resepi MG)

500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*(atie + limpa sikit)

1 inci halia, hiris*

3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk)

1 1/2 senduk nasi cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

1/3 cawan jus pekat asam jawa

Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)

8 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 batang serai, hiris halus


1/2 inci halia

1 camca besar ketumbar biji

1/2 camca teh jintan kasar

1/2 camca teh jintan halus

2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.

Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang...Hidangkan segera..

p/s:cara atie: rebus peparu & limpa ,kemudian br goreng....derhaka sikit ngan resepi MG.maaf ya...

Tuesday, March 20, 2012

Pau Goreng Inti Kelapa

Salam & slmt malam semua....dah mlm baru sempat nak buat n3 juadah minum ptg kami tadi .Buat pon xbanyak dlm 8 ketul kot.Jadilh tuk kami berdua.
Inti kelapa mmg dah lama buat ...simpan lam esbok.
Masa anak2 balik aritu pon ada buat gak...1/2 kg tepung atie buat sbb anak2 mmg suka pau goreng ni.
Mmg seronok bila anak2 bercuti mggu lps..walaupon xder la g kemana2,namun setiap masa kami habiskn bersama.
Jom layan resepi pau goreng ni...nk jemput korang makan pon tinggai 3 ketui jer lg.hikhik

Bahan-Bahan:
500 gm tepong gandum
1 1/2 sdt Mauripan
1/2 cwn Gula pasir
1/4 cwn minyak masak
1 1/4 cwn air suam

Inti kelapa:
1 biji kelapa(ambil yg putih je)
Daun pandan
sedikit garam
Gula merah(agak-agak nk htm...isi lbh sikit)

** Semua bhn inti dimsk atas dapur...hingga masak.


Untuk buat Doh Pau:

1.satukn tepong,yis & minyak,tuangkn air serta gula sdkt-sdkt sambil sebatikn adunan hingga jd doh.
2.Uli tepung hingga lembut & bulat2kn hingga menjadi 15 bebola kecil.letakkan dlm dulang yg telah ditaburi tepung sdkt.
3.Biarkn 10 min.kemudian bulat2kn doh & leperkn...isi inti kelapa,ttp & bulatkn kembali & tekankn sdkt(mcm leperkn lg)
4.Letakkan diatas daun pisang /dulang yg telah disapu dgn sdkt minyak(agar x melekat nanti).Ulangi hingga doh habis.
5.Biarkn naik/kembg & blh la digoreng hingga kekuningan....

**sukatan diatas blh menghasilkn 15 biji pau/nk isi inti lain pun blh(ikut suka


p/s:Tiba2 cam rasa kaku nak menulis kat blog...hihi.

Kembali Bertenet

Salam semuaaaaa...apa kabar?Lamanya atie xupdate & jalan2 kat umah kengkawan semua!.Alhamdulilah,arini dapat lar atie dok depan tenet semula...
InsyaAllah,atie akan brkunjung balas kpd kawan2 yg sudi singgah.Terima kasih atas kunjungan korang semua...walaupon tuan umah tutup pintu jer :D
Walaupon dah trewat....atie nak ucapkn HAPPY BIRTHDAY tuk adik pompuan atie yg dok kat Sg Buloh...ANA.Semoga dipjgkn usia,murah rezeki,bahgia dm melayari alam rumahtangga & sucess dlm kerjaya.
Aminnnnn

Tuesday, March 13, 2012

Alhamdulilah,BE Pertama 2012!

Salam semua....Setelah sekian lama Encik NUffnang xbrtandang ke umah atie...sekali dia mai 4BE!...Emm itupon kat blog contest atie jer sbbnya Encik Nuff xsudi singgah ke blog personal...sedih tau.
Xper la...ada gak BE,kat blog mana2 pon atie xkisahlah.Kpd Encik Nuff...terima kasih sgt2,patut la atie tgk bkn main ligat iklan2 tu menari2 kat blog contest atie.
Traffic blog personal pon dah merudum nih..maklum la tuan umah jarang update & bw ke umah kengkawan.
InsyaAllah,jika berkesempatan..atie singgah ya.Terima kasih kpd kengkawan yg sudi singgah

Friday, March 9, 2012

Cuti Persekolahan Bermula

Salam semua.Lama atie menyepi ya?Nanti la lapang2 atie citer ya...Alhamdllh,semuanya dah berjalan dgn lancar & selamat.
Mungkin lps ni atie pon jarang online gak..biasa la anak2 akan bercuti mulai hari ini.Bestnya!!.
InsyaAllah, kedua2 anak atie akan sampai ke umah hari ini.Atie doakn semoga perjlnankn kami akan dipermudahkn & selamat.Aminnn
Pada yg singgah ke blog atie...terima kasih byk2 & atie amat menghargainya.
Tp kemaafankn atie pinta andai blm berkesempatan membalas kunjungan kalian semua.
InsyaAllah,atie akan dtg menziarahi.Pada yg anak2 mula bercuti hari ini...semoga sepjg cuti ini akan dimanafaatkn dgn pekara2 yg berfeadah & selamat bercuti kedestinasi yg telah dipilih.Semoga ceria selalu.
Daaaaa...

Sunday, March 4, 2012

Ayam Kicap Pedas

Salam semua & slmt berhari mggu.Wah,awai lg atie dah menayang antara juadah tuk arini ya?.
Bkn apa,anak pompuan atie(Adik) 'Outting' arini...kul 12 tghari nanti kami ambik dia kat asrama.Bila dah siap masak ni..blh la berulit ngan Adik jer nanti.hihi
Atie gak ada msk lemak ciliapi telur itik ,ikan goreng & sambal kerang.Semangat arini nk memasak..hihi.
Nak jemput korang mkn awai2ni...nasi kat lam rice-cooker lg.Masing2 bawak nasi sendiri dr umah ya..ok tak?
Pada semua..slmt menghabiskn cuti di hari mggu bersama family trsyg...

Bahan-Bahan:(sumber Dari:K.Wanapotretkasih)

1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )

2-3 batang serai ( hiris dan tumbuk )

1 labu bawang besar ( di hiris/ ditumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

3/4 inci halia ( ditumbuk )

10 bi ji cili padi ( di masukkan sebiji2 )-atie tumbuk nak kasi lg pedas

1 sudu kecil lada putih ( ditumbuk )

4-6 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

4 Biji Cili merah-Belah 2-atie tambah

sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam

minyak secukupnya

Cara penyediaan:

1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.

2. Tumis bahan hiris/ tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.

3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

P/S:Pada k.wana..terima kasih atas resepi yg sedap ni.

Saturday, March 3, 2012

Ziarah Abang Kat Asrama & Selamat Beribadah.

Salam semua..slmt bercuti juga.Pagi2 tadi kami pergi menziarah anak llaki atie kat asrama.Alhamdllh,cuaca sepjg jalan cerah jer.
Sonok dpt jumpa anak...kami g makan2 & soping jajan utknya.Awal2 lg Abang dah tepon...suruh ibu masakkan nasi goreng kampung utknya(dh rindu masakan ibu kot :D).
Atie gak ada bwkkan kuih pau goreng inti kelapa tuk di makan bersama kawan2nya kat asrama.Masa nk balik tu,sedih gak.
Atie doakn semoga ALLAH sentiasa terangkn pintu hati Abg dlm menghafaz pelajarannya.Aminn
Hari ini juga,biras atie sekluarga pergi menunaikn umrah...sonoknya tgk dia pergi 1 family,semoga ALLAH makbulkn doa atie utk ke sana bersama HB & anak2.Aminnn.Kpd biras atie selamat beribadah...

Friday, March 2, 2012

Alangkah Beruntungnya Jika Pandai Mengaji.

Salam di pagi Jumaat yg mulia...atie ingin brkongsi sesuatu yg bermanafaat buat kita semua...InsyaAllah.


BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

P/S:sama2lah kita sentiasa membaca ayat suci Al-Quran....

Rezeki DiAwal Mac

Alhamdllh,dipermulaan mac yg sgt baik...Semoga sentiasanya begitu.Aminnn.
Menang di blog Kemn & Manis,kpd kedua penganjur..terima kasih.Semoga kalian berdua sentiasa di murahkn rezeki selalu.Aminnnn
Kpd kedua pemenang yg lain..Tahniah gak dr k.atie.




© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™