CUCUR UDANG GERAGAU(sumber:K.Nor(secubitgaram & MG)
BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (atie guna udang segar-masuk sekor2)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris(atie ganti ngan daun kuchai)
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
1.Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru.
2.Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
3.Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
4.Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
5.Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi.
6. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....
2 comments:
Salam kak atie!!!!! nak tumpang bf cucur udang kat sini!!!!! kita tak jumpa pulaklah udang geragau kat sini sume udang yg biasa2 tuuu... sedapnyer!
mmmm yummy... bestnye klau sis dpt pos kt sy heheh. pagi ni sy brkfast kuetiau kungfu...haitt! nk masuk dlm blog gak eh.. nk g ambik gmbar dulu
Post a Comment