Monday, November 29, 2010

Kek Mentega Pelangi.

Masih lg n3 trtunggak...rasanya dulu pon atie dh pernah buat kek nie.mmg sedap...cantik lak tue brkaler2(umah org lain lar..!).atie bknnya pandai sgt buat...boleh la tuk makan kami sekluarga(ngee)...yg penting anak2 atie suker sgt ngan kek nie....resepi atie copy dr umah k.ina..makasih kak.klu korang nk cuba resepi ada kt bawah...nak buat pon,atie rasa mudah jer.Daaaaaa...


Bahan-bahan:(sumber K.inaKL)

250 gm mentega
220 gm gula kastor (akak buat 200gm lain kali)
220 gm tepung kek
4 biji telur A
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.
*akak tambah 1-2 sudu teh pes limau

Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning campur dengan pes limau.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna hijau ditengah-tengah tin.Kemudian tuangkan 1 senduk warna kuning diatas hijau tadi dan kemudian warna merah.Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
7. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
8. Bakar kek selama sejam hingga masak. (akak bakar 45 minit ajer)

3 comments:

Mas said...

wah kak..berseri2 kek pelangi tu....sesuai ngan namanya....

hazlin said...

berserinya pelangi.. semalam kat nona tv3 buat apam pelangi .. tp kukus..

http://hazlinnazri.blogspot.com/

♥LOVE2COOK♥ said...

Cunnye kek tu kak! Can I take some??? Exchange with my choc mousse pudding...hehe :)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™