Tuesday, January 11, 2011

Rendang Kerang

Salam...Selamat tghari jgk!masing2 dah pon menjamu selerakan?..hari nie,atie masak rendang kerang... poberet atie & Mylaling!..pagi tadi beli kerang kt pasar...mmg plan nk buat rendang camni.tp tang nk ngopek kulitnya mmg menguji kesbran betui!...tp nak mkn,kena la rajen sikitkan?.resepi milik waheedeanaMYR..makasih yer!.atie buat berkuah sikit sbb nanti mkn nasi xder kuah2 lak....mmg berselera kami mkn...nambah2...xhinggat diet...hikhik.daaaaaaaaaaaaaaaa..


Bahan-bahan ( sekeluarga )

1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai


Cara-cara:

1.Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas


2.Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping
3.Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit.masukkan kerang dan gaul sebentar
tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
4.Akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
5.Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak Atie...hru doing???

Sedap sekali tgk rendang kerang tu!!! Nak makan ngan nasi lemak. .Hehehe

Mas said...

kak atie, jadi teringat lak kat ayah....rendang kerang ayah mas sedapp sangat.....
tu yang jadi terliur tengok rendang akak....

lina said...

wah rendang kerang i like :)

Unknown said...

salam kak, sedapnya rendang ni...terliurnya nengok kerang ni...dah lama x buat msk kerang ni coz kat sini jarang nk jumpa...huhu

EmbunRosaliza said...

Salam Atie..sedapnya rendang kerang berkuah gitu

Nadz Nazharzan said...

Salam kak Atie..
Kak, Naz pun suka rendang kerang..Lama dah tak buat..Sedapnya akak punya.. kuah dia masih basah lagi tak kering..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™