Tuesday, November 29, 2011

Daging Goreng Kunyit

Salam semua...apa kabar?dah nak sampai ke penghujung bulan Novkan?pantasnya masa berlalu...tanpa kita sedari.
Hari ini atie dok kat umah berdua ngan MyLaling jer sbb Adik g Kem Solat tuk pelajar2 yg berusia 10 tahun hingga 19 tahun di Masjid selama 2 hari...antara pengisian berfeadah yg kami berikn tuk Adik sepjg ct persekolahan ni.Kul 8pg kami menghtr Adik tuk pendaftaran..dah ramai pelajar2 yg sampai & mendaftar.
Semoga segala ilmu2 yg Adik dpt ketika menyertai Kem ini akan mengukuhkan keimanan & mendidik Adik menjadi muslimah sejati,InsyAllah.
Antara masakan tuk juadah kami ditghari nie antaranya ialah daging goreng kunyit....yg tiada dlm gambar ialah rendang kerang & sayur campur.Jom layan resepi daging goreng kunyit...simple & sgt sedap!Terima kasih syana73MYR

Bahan-bahan ( sumber:syana73MYR )

  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang(atie xisi)

Cara-cara

  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing

12 comments:

Rose Khadijah said...

sedapnye kak..
kak,nak tanye..cara yang no4 tu nak kene kuar kan daging tu dulu la kan..pastu panaskan minyak..da panas goreng balik..camtu yang sy paham..betol ker?

IntaNBerliaN said...

kna try ni tp daging dah habis.. kalau ayam blh ke?..

Asmara said...

wah sedap2 menu hari ni. lapar pulak! hehe..

Ucu Faridah said...

as salam... azatie,
suka mkn daging goreng ni dengan nasi kerabu...sedappp....jgn habiskan ye..jap lagi ucu dtg nak tapau...

Cendana Kasih said...

salam akak...

inilah lauk kegemaran anak bujang saya si Irfan...hari2 kalo masak lauk ni pun takpe, sampai saya pun dah menyampah nk masak...hahaha...
dan...kalo takde idea/mood nk masak, jalan penyelesaiannya masak jer lauk ni, sure laku punyer !!!

anitadiana said...

sedapnya tie...daging ita suka..masak lah apa pun janji sedap..he..he

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Rose..k.atie dah jawap kat blog Rose yer.semoga paham yer..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam intan...boleeeee jer.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam asmara..masak simple jer

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ucu..dok tggu Ucu x sampai2 nih!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Noorma..anak dara k.atie suka daging masak merah lak...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anita..betui tuh!jemput makan...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™