Salam semua...semoga berbahgia selalu yer.Alhamdllh,rezeki kami bersarapan dgn goreng pisang jerrrr(biasa org buat minum ptg..atie buat tuk sarapan lak!).Boleh la dr xder langsungkan...sebenarnya pisang ni dah masak,nk buat pengat pisang santan lak xder...jadinya pg ni buat goreng.Sedapnya mkn panas2..hihi
Seperti biasa MyLaling suka cicah ngan susu lar..Xtau la suka menyicah ngan susu,menurun perangainya ngan anak llaki atie tu.xper la,
janji goreng pisang habih!
Resepi tuk tepung pisangnya atie suka gunakan resepi dr ROS(jintanmanis)..sedap!korang pon blh cuba & nanti taulah kelainanya
Ptg ni cdgnya nk tolong2 jiran atie yg akan melangsungkn majlis perkahwinan anknya pd hari ahad ni...dia jemput dtg hari ahad jer tp segan la pulak sbb atie ni jiran dekat.walaupon dia xjemput bantu2....ingat nk dtg tgk kot2 ada kerja yg blh atie bantu.
okey la...nk masuk dapur la balik tuk masak tghari,ayam & udang dr atie kuarkn dr esbok.plannya nk buat tomyam larr sbb dah lama xmsk tomyam.
Daaaaaaaaa
Adunan Pisang Goreng Lemak Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
3 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 senduk kelapa kering ( nak ganti dengan kelapa parut pun boleh)
1\2 biji telur
sedikit air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
beberapa biji pisang nangka
Cara-caranya
1. Semua bahan di masukkan di dalam bekas adunan, kecuali pisang dan air, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan pisang goreng ni, cair sedikit, tidak terlalu pekat.
2. Setelah semua nye sebati masukkan pisang nangka yang telah dipotong dua, kacau sehingga adunan tepung meliputi pisang, goreng hingga ke-emasan, angkat dan sedia untuk dihidangkan, sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Selamat Mencuba.
11 comments:
goreng pisang panas panas di pagi hari dengan secawan kopi ahhh mmg best tambah pula hujan di pagi hari.
selamat tengahari Atie...
mesti goreng pisang tu dah habis, takpe... kakak tunggu tomyam pulak! ni dah bawa mangkuk kosong...
Boleh cuba cara buat cenggini.
*Saya ni hantu pisang kak..kalau makan, susah nak berhenti..
Assalam atie,
goreng pisang akak suka...!!!
nakkkkk...
blh try ni.. sy xpnh pulak buat ltk klapa..
suka goreng pisang!!!! ptg2 selalu mkn..hihi
Pisang goreng pun sodap Kak Atie. Especially kalau buat resepi yg special mcm tu. Kaz kalau mkn grg pisang mesti nak kena ada kopi panas, lebih terangkat!!
sedappp! dni suka :D
hai kak..
saya hanya makan pisang goreng & masak lemak pisang sahaja..lain lain yang diperbuat dari pisang, saya tak makan..hehehe..
kak,sy copy resepi adunan ni tau..resepi baru rasanye ni, sbb ader kelapa kering..
sedap dimakan panas2 di musim ujan .ngan secawan kopi
kak atie..bestnyer mkn pisang goreng time hujan2 ni..
Post a Comment