Friday, April 15, 2011

AYAM HARUM THAI

Salam & slmt ptg....arini xtau nk masak apa..g geledah kat umah K.Nor nk cari resepi ayam yg sedap2...makanya ter'bekenan' lar ngan resepi nih!...ada gak bhn2 yg xcukup,tp nk wat camna...hati nk try resepi ni gak.mmg sedap..makasih pada K.Ummi & K.nor yg memanjangkn resepi ni.(sebenarnya xde mood nk tulis pjg2...hihi biasa lar org pompuan)


AYAM HARUM THAI
resepi: TryMasak
sumber: Ummi @ Home Sweet Home & K.nor

Bahan:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)-atie ad 2 helai jer!
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)-cili merah jer!
5 bj cili api ~ ni K.Nor tambah
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar(xder!)

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

P/S:xder ghupa k.nor punya pon!huuuu

5 comments:

Atiey said...

kaktiey nie rajng betulkaan..hem wat atiey lapar la ujan2 nie..ayam pedas my peberet..bak sepinggan,

Nina Herman said...

sedap makan ayam k atie, nak try buat ayam ni lah esok

Nana said...

hye kak..
mz ada pesan ngan saya
kalau ada dia menang apa2 contest dia suh saya emailkan address dia kat penganjur
kebetulan tadi tgk ada msg akk kt shoutbox mz suh emailkan address
so saya nak kasi bagi pihak mz...

Suzi Fadhilah Ismail
Private Law Department
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
UIA Main Campus
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

kakyong said...

kalo masak ala Thai.. mesti tak leh tinggal serai, limau purut, cili api, daun limau purut... terasa kesedapannya sampai ke meja makan saya nih.....

Yani said...

nampak ayam harum thai ni sedap je.. ingatkan nak jdkan menu mlm ni.. adeih pes tomyam dah abih ler plak.. ;(

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™