Friday, May 31, 2013

Apam Pisang Emas

Salam semua.
Emmm..tuan rumah dah mcm biskut chipmore ya?Maklum la...sibuk sikit,byk masa kat dapo & melayan anak2 seblm cuti persekolahan berakhir.
Sok-sok masing2 dah blk asrama...sunyi lak kami.
Sebenarnya pisang emas ni Apak yg bagi masa blk kg minggu lepas.Masa tu semuanya muda2 lg..lom msk.
Bila dah msk...serentak lak!.
Jenuh la cari idea nk masak apa ngan buah pisang yg masak semuanya tu..Ada yg atie simpan lam esbok & buat apam ni separuh.
Mmg wangiiiii jer apam ni bila menggunakn pisang emas.
Atie buat byk...ada yg atie simpan buat frozen.Klu sesak2...kukus jer (^_^)
Jemput mkn semua....

Bahan-Bahannya:(sumber:Ros jintanmanis) ( resepi asal dari Diana)

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak.
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sedap nyer kalu minum ngan air kopi perrghhh

adda syuhada said...

salam...
woww kat sini pun ada tayang apam pisang gk..

hana said...

salam kak.atie...
saya suka sgt apam... nak buatnyer tuh jer yg berchenta sbb kene perabihkan sorang.. udahnyer beli takat 2-3 ketul.. huahuahuaa

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™