Thursday, July 28, 2011

Hati Lembu Masak Kicap

Salam semua..baru sempat nk buat n3.maaf la jika gambar kurang memuaskn sbb guna HP cokia jer sbb kamera Adik bwk g asrama.nak snap gambar masa sukan & masa g debat di PutraJaya & Seri Iskandar aritu.Sampai skrg atie lom ambik lg(pandai2 la dia sorokkn..takut warden jumpa nanti).Atie jarang beli hati lembu nie,kebetulan g pasar jumpa lak hati lembu nie....beli la sikit.resepi atie ambik dr umah K.Nor secubit garam & resepi asal dr DJ.Tima kasih semua.Jemput makan...
Bahan-bahan :
  • 500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia muda*
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk air asam jawa
  • 1 sk gula
  • garam jika perlu
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
  • bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
  • Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan setelah masak.

tip utk masak hati lembu..

1. utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan pd hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. biarkan dlm 10 - 15 min baru la dibasuh bersih dan toskan.

2. jgn sesekali masak hati dgn api yg besar/kuat, ini menyebabkan hati tu masak secara mengejut dan menyebabkan hati tu nanti agak keras. gunakan api yg sederhana aje.

3. hati tak perlu dimasak terlalu lama spt kita masak daging, kerana hati ni tak ada urat cam daging yg menyebabkan liat bila tak cukup tempoh masak.

10 comments:

Amie said...

selamat petang atie,
kak amie pun suka resepi begini, kalau bonda masak kicap, dia suka bubuh lada hitam lebih sikit...

aNiM said...

wah kak atie.
sedapnya.
saya dah lama tak beli hati lenmbu ni.anak2 hari2 nak ikan je. kena ikut tekak anak.
esok2 nak kena beli ni.hubby saya suka.bulan posa nanti kak atie posa juga buat entri makan2 tak?hahaha.kena bukak blog kak atie dah dekat2 buka la kot.kalau tak kruk kruk la perut di pagi hari ^_^

Hanim said...

bulan puasa nnt mesti mcm2 menu kak atie masak nie...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Amie...hihi atie jarang gak msk kicap kat umah.Entah nape...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Anim...anka2 anim suke mkn ikan yer,xmcm bdk2 lain sukernya ayam jer.Ala,bln puasa k.atie msk simple2 jer...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Hanim,xder la Hanim...mkn brdua jer..

Acik Erna said...

assalam atie..akak suka makan dan selalu beli..masaknya mesti masak kicap jugak..tapi akak letak santan sikit..kulit kayu manis..bunya lawang..lada hitam..dan cili api.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Erna...atie ikut resepi kawan blogger nie bulat2 sbb nk tau kelainnanya...

Rose Khadijah said...

kak atie:..sy memang fail kalo buat masak kicap ni..harap2 dengan resepi akak ni, berjaya la kan..

resepi ni pun pasti ku cuba..
tQ kak..sharing resepi..

Sofya said...

bestnya kak tie.. tq share petua n resipi ni.. nt nak cuba

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™