Friday, July 29, 2011

Puding Pelangi

Salam Dihari Jumaat semua.Insallh,lg 2 hari lg kita kan menyambut bulan Ramadhan yg mulia...X sabar rasanya.puding pelangi nie,atie buat semlm...buat mkn2 MyLaling bila blk keje(maaf la kpd tuan punya resepi sbb xikut step by step cara nk buat pelangi...).rasanya mmg sedap & separuh atie htr ke umah MIL.makasih kpd An-Nur family sbb dr sana atie mengopynya.halalkn yer.jom layan puding..sapa nk potong sendirik yer..



Bahan-bahan ( Sumber:An-Nur Family)

10g agar2 tali
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Cara-cara
  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  • Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  • Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  • Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngapp

4 comments:

Unknown said...

hari ni yong nk buat macaroni

Rose Khadijah said...

hai kak atie:..nasib baik saya da kenyang..kalo tak mesti memberontak nakkan puding pelangi nih..

da kenyang pun teringin gak sebenarnye..pasti sy try ni..

Sofya said...

saya pernah gak wat puding pelangi ni.. cuba dari myresipi.com bahan sama cuma kat agar2 tu pakai agar2 serbuk..lagi senang

Nik said...

sedapnya tgk puding tu.lama dh kot tak buat puding.tunggu raya la kot..hehe

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™