Friday, July 29, 2011

GULAI MASAK LEMAK CILI UDANG KACANG BUNCIS

Salam & slmt tghari!..arini masak simple jer sbb lps MyLaling blk dr sembahyang Jumaat nanti nk G AMBIK ANAK2 KAT ASRAMA,bestnya larrr.Sonoknya anak2 nk balik bercuti.dapat la atie berpuasa & brbuka ngan anak2 diawal ramadhan nanti,Alhamdllh.walaupon hanya sehari saje..jadi la kan.jom layan gulai lemak atie nie.Selamat bercuti gak tuk anakbuah atie dr SM Sains Rembau.mak Yang tau Angah mesti bukak blog mak yangkan?hihi.
Bahan:

Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

Cara:

1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

Puding Pelangi

Salam Dihari Jumaat semua.Insallh,lg 2 hari lg kita kan menyambut bulan Ramadhan yg mulia...X sabar rasanya.puding pelangi nie,atie buat semlm...buat mkn2 MyLaling bila blk keje(maaf la kpd tuan punya resepi sbb xikut step by step cara nk buat pelangi...).rasanya mmg sedap & separuh atie htr ke umah MIL.makasih kpd An-Nur family sbb dr sana atie mengopynya.halalkn yer.jom layan puding..sapa nk potong sendirik yer..



Bahan-bahan ( Sumber:An-Nur Family)

10g agar2 tali
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Cara-cara
  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  • Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  • Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  • Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngapp

Thursday, July 28, 2011

Jom Makan Buahan.

G pasar tadi nampak lak buah mata kucen nie...atie mmg suker buah nie sbb rasanya manissss...harganya sekg,5 henggit!Pastu beli sekali buah tembikai tp beli separuh jer.Dah nk dekat puasa nie mcm2 buahan ada kat pasar....derian mai balik,rambutan,langsat dll.Cempedak pon ada gak tp xbeli sbb dh penoh barang kat tangan..hihi.Jom makan buahan...


Hati Lembu Masak Kicap

Salam semua..baru sempat nk buat n3.maaf la jika gambar kurang memuaskn sbb guna HP cokia jer sbb kamera Adik bwk g asrama.nak snap gambar masa sukan & masa g debat di PutraJaya & Seri Iskandar aritu.Sampai skrg atie lom ambik lg(pandai2 la dia sorokkn..takut warden jumpa nanti).Atie jarang beli hati lembu nie,kebetulan g pasar jumpa lak hati lembu nie....beli la sikit.resepi atie ambik dr umah K.Nor secubit garam & resepi asal dr DJ.Tima kasih semua.Jemput makan...
Bahan-bahan :
  • 500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia muda*
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk air asam jawa
  • 1 sk gula
  • garam jika perlu
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
  • bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
  • Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan setelah masak.

tip utk masak hati lembu..

1. utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan pd hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. biarkan dlm 10 - 15 min baru la dibasuh bersih dan toskan.

2. jgn sesekali masak hati dgn api yg besar/kuat, ini menyebabkan hati tu masak secara mengejut dan menyebabkan hati tu nanti agak keras. gunakan api yg sederhana aje.

3. hati tak perlu dimasak terlalu lama spt kita masak daging, kerana hati ni tak ada urat cam daging yg menyebabkan liat bila tak cukup tempoh masak.

Wednesday, July 27, 2011

AnakBuahku Yg Tembam.

Salam semua...slmt tghari.Waaaaa...!!camna nie,atie dh malas nk buat n3 menjak blk dr bercuti blogging( jaga anakbuah aritu).maaf la klu kunjungan korang tidak atie balas..sbb atie malassssssssssssssss sgt!!.Arini rajen sikit sbb nk n3kn DAK tembam(anak bongsu adik atie).Bila sampai ke Ipoh aritu mmg trkejut negok AQMAR nie...makin bolat!.masa atie jaga lam pantang aritu...kecik je.Blm mkn apa2 lg,masih menyusu ngan mamanya.Ttg mamanya lak(adik atie)..dah buat rawatan susulan kat IJN...& akan ke sana lg pd bln 10 nanti.Terima kasih atas doa2 korang tuk adik atie nie..Amin.




Mak Yangnya snap guna Hpone cokia jer...xbwk kamera!

Monday, July 25, 2011

Atie Dah Balik!

Salam semua....atie dah balik semula kerumah,rindunya ngan blog nie.apa kabar korang semua?pada yg telah brkunjung keumah atie dlm masa atie bercuti hari tue....terima kasih byk2..Insallh,atie akan brkunjung balas.Sok2 la atie citer ttg atie di Ipoh...bagi atie rehat dulu yer.

Tuesday, July 19, 2011

Bercuti Seketika.

Salam semua...Slmt tghari.Atie akan bercuti dlm berblogging buat seketika.Hari ini(mungkin ptg kot) akan bertolak ke Ipoh,(umah adik).Sebenarnya,adik atie pula akan bertolak ke Kuala Lumpur tuk pemeriksaan lanjut di IJN,esok pg.(nie adik atie yg br bersalin & yg atie gtau sakit dulu..).Anak yg dilahirkn dh berusia 2 bln jadi rawatan susulan tuk Adik atie diteruskan pula.Dan atie ke Ipoh tuk menjaga anakbuah2 yg tinggal sementara mama mereka berurusan di IJN,Kuala Lumpur.(sebak lak hati nih..).Hal anak2nya atie xkisah sgt sbb mereka pon dh biasa ngan atie(panggil atie pon..IBU).Cuma atie risaukn Adik atie tue jer...Doakn kesihatan Adik atie yer..Terima kasih semua.Daaa....jumpa lagi nanti!


p/s:Terima kasih tuk HB atie yg amat memahami & mengizinkn atie menjaga anakbuah sementara mama mereka ke KL tuk rawatan.

Monday, July 18, 2011

Kuih Talam Suji

Salam semua...slmt mlm.Baru sempat nk buat n3 baru....Semlm kami g ziarah anak llaki atie diasrama.Alhamdllh,dia sihat.ada la jajan atie msk tuk anak llaki atie tp xsempat nk snap lak.
Minum ptg kami ptg tadi adalah kuih talam suji...dah lama tingin nk buat,akhirnya ptg tadi trtunailah keinginan nk buat talam suji sendiri.Disbbkn dpt byk,atie htr separuh loyang ke umah MIL.harap2 MIL suke.

Sunday, July 17, 2011

Hadiah Menang GA/Contest.

Salam semua...selamat berhari mggu!.Ketika korang baca n3 nie...kami sdg bersiap2 utk menziarah anak llaki atie diasrama.Doakn perjlnan kami selamat pergi & blk yer.sebenarnya dah lama dpt hadiah2 yg kat bawah tue dr penganjur tp xsempat2 nak masukkan lam blog sebagai kenangan yg atie pernah menang GA/contest mereka.Alhamdllh,ada rezeki atie...pada semua ,terima kasih & atie amat menghargai semua hadiah yg diberikan.Daaaaaaaaa...
Hadiah handbag yg atie pilih dari BIFA COLLECZION..
Yg nie hadiah dt CT....suker sbb hadiah yg berwarna biru & FM butterfly...Tq
Cincin yg cute nie...menang GA kat blog Farah.cantik!!
Menang FM CH nie lak dr GA fiezah....TQ
Menang Hadiah kain pasang kat blog Lizahanum...suker!..lembut kainnya...(koyak rabak pembalutnya dikejekn semasa proses penghtran..hadoii!)

Saturday, July 16, 2011

NewBorn..

Tahniah tuk adik lelaki bongsu atie yg menyambut kelahiran cahayamata pertama beliau(Semalam) setelah menunggu selama 4 tahun.Alhamdllh.
Bayi yg dilahirkn secara perbedahan sbb baby besar & wife adik atie ada problem.dah X sabar MakYang nk g tgk anakbuah baru nih!.Pada adik atie & isterinya,semoga kelahiran ini akan lbh membahgiakn korang & didiklah ia supaya menjadi anak/wanita yg solehah.Amin.


P/S:Klu ada gambar baby baru,atie akan n3 kan..Insallh.

Friday, July 15, 2011

Bubur Jagung + Biji Sagu.

Salam semua....dr pagi tadi bkn main lebat hujan,mata pon rasa ngantuk jer..hihi.lgpon dah lama x ujankn?...sejuk sikit bumi nie.Okeylah,ptg tadi merajinkan diri buat bubur jagung(MIL kasi jagung yg ditanamnya semlm)...buat pon xbyk dlm 3 tongkol kot.jadi la buat kami makan ptg tadi,itupon x habih..masuk lam esbok.makan sejuk2 pon sedap gak.jom layan bubur...atie nk BW jap,jenguk kawan2 yg tinggaikn msj(maaf semlm sibuk sikit)

Bahan-bahan:(sumber:K.Zai@TeratakImpian)

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan(atie x isi)
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

p/s:pagi tadi Adik ke Putrajaya utk melihat pertandingan debat yg dipertandingkn disana.Adik diantara pelajar yg dipilih utk mengikuti rombongan sekolah trsebut.semoga selamat pergi & balik..Amin

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #2

AnakBuahku Yang Comel!

TAQ Dari K.Amie & Yatie

Alhamdllh,ada gak org ingat kat atie yer...BEAUTIFUL BLOGGER,bangga jap dapat award nih!.makasih kpd K.Amie & Yatie memories yg sudi anugerahkn award kpd blog picisan atie nih..yg kdg2 merapu entah apa2.hihi.okey la..apa yg korang nk tau ttg atie yer?Biasa jer sebenarnya.


Diwajibkn menyenaraikn 7 pekara.

1.Seorang Isteri,merangkap akauntan kpd biz HB & seorang Ibu kpd sepasang cahayamata yg sedang membesar.dr dulu hingga kini hanya sepasang jer anak atie.Pernah mengandung lagi,tp gugur sbb trjatuh dr tangga umah MIL.Masa tue mmg sedih sgt...sbb dh lama tingin baby lagi.Slps tue cam trauma nk g umah MIL & tgk tangga tu..lama gak atie x g umah MIL dlm 2 thn kot!

2.Menetap di Perak & kawen pon ngan org perak gak..xyah gaduh2 nk balik kg.hihi.kami saling mengenali ketika bekerja di selangor,1 tpt keje..hihi.

3.Pernah bekerja selama 8 tahun di Selangor sblm mendirikn rumahtangga,resign ketika mengandungkan anak yg ke 2 sbb 'mabuk' teruk sgt!.pastu dok umah jaga anak jer...sblm trlibat ngan biz HB(2005)

4.Ke'hilangan' Bonda tersayang pada 19/5/2007...pemergian yang amat menyedihkn buat kami sekluarga trutama atie yg menjaga Arwah sepanjang Mak berada di Hospital Ipoh.ketika menjg Arwah di Hospital,atie mmg X tidur untuk sentiasa memastikn Mak selesa sepjg mlm.Atie juga trpaksa meninggalkn anak2 yg masih bersekolah dibwh jgaan HB dgn izinnya.terima kasih Suamiku!.Sekurang2nya hanya itu yg mampu atie lakukn tuk Mak di masa hayatnya.

5.Amat menyukai warna biru!.Pernah suatu ketika dlm almari atie hanya dipenuhi pakaian yg berwarna biru SAHAJA!.cuma 2-3 thn nie br la ada pakaian berkaler lain dlm almari tu.Jgn xtau,HB pon peminat biru gak!...pasangan serasi..gitu.

6.Paling suka mkn sayuran/ulaman tapi xpernah masak/makan sayur bendi!.Sbb masa kecik dulu 'geli' tgk lendir yg kuar ketika Mak memotong bendi...hinggalh skrg.TP sayur lain semua atie makan..

7.Pernah punyai rambut panjang hingga mencecah punggung(atie nie tggi orgnya...) dari zaman anak dara lagi.masa tue kakak atie pon berambut pjg cam atie gak(dh ghupa kembar kami).X pernah potong walaupun dah ada sepasang cahayamata.TP trpaksa potong pd thn 2006(nages masa rambut dipotong..huuuu).Sbb tue la atie 'bela' rambut anak pompuan atie pjg sampai punggung gak....suka tgk,walaupon bkn mudah nk menjaganya!

Rasanya cukup la kan?pasni giliran sapa lak atie nka taq yer.Kawan yg ingin atie kenali lebih rapat lagi ialah..

1.Kak paty
2.kak yatie
3.Rohaya
4.Azila
5.Amiey

Pada semua yg kena TAQ..ringan2kn jari yer..hikhik

Wordless Wednesday

Geram dengan budak kecik nih!..baru nk dpt 'kaki'..

Tuesday, July 12, 2011

Cermin Mata Adik!

Dalam sibuk2 kenduri kat umah MIL & uruskn anak2 sempat g 'lari' ke Teluk Intan jap....nak buat cermin mata tuk Adik(anak pompuan atie larr).Dari bulan lps dia gtau,tulisan kat papan hitam kat kelasnya ...kabur je dia tgk!.Tp x berkesempatan nk buat sbb Adik xder ct,mggu nie baru la kami g buat cermin matanya.Ssh gak klu xleh belajar disbbkn masalah matakn.Setelah di perikasa,Adik rabun jauh...byk gak 'powernya'....kena dlm RM2**.Atie pilih yg comel bingkainya...sepadan ngan Adik yg kecik molek tuh..hihi.


p/s:Bila tgk Adik berkacamata nie...nampak matang lak,selalu cam budak kecik jer..hihi

Kailan Ikan Masin

Salam di hari selasa semua.Alhamdllh,semua dah settle....anak atie pon dah blk ke asrama semlm(trubat rindu....).Kenduri kat umah MIL pon dah selesai,TP jgn salah paham..kat umah MIL bkn majlis kawen tp kenduri doa slmt & menyambut bulan Ramadhan yg akan tiba.MIL dh xder anak yg blm kawen sbb anak bongsunya dah atie miliki..hihi.Jom layan antara masakan atie arini,kailan ikan masin.jemput makan......
Bahan-bahan ( sumber:bayu MYR)
  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td

Monday, July 11, 2011

Apa Kabar Semua?


Salam semua & slmt pagi di hari Isnin.maaf la korang don ngadap donut yg dh kejung tuh!hihi.Hari nie,seluruh negeri Perak bercuti.atie pon bz ngan anak2 balik bercuti & kenduri di rumah MIL(sebagai menantu yg solehah,kenalh bertungkus lumuskan..ngeee).pada yg bertandang & tinggalkn msj....makasih byk2.Insallh kunjungan korang akan atie balas.arini dok bz lg kemaskn brg2,ionkn baju2 & masak tuk buat jajan anak2 yg akan blk semula ke asrama ptg nanti.Daaaaa...

Friday, July 8, 2011

Donut Suria

Salam & slmt pg semua..makasih pd yg bagi respon pada luahan hati atie semlm...biarlh ia menjadi rahsia dlm kluarga kami.Yg pasti semuanya telah trjawab & berakhir....semoga kehidupan kami akan lbh bahgia slps melalui episod hitam dlm hidup kami sekluarga,Insallh.Arini nk n3kan donut suria yg atie buat ptg semlm(X lawoooonyeeeee....).yg pasti inilh resepi yg atie pernah buat dulu jgk,elok lembut je donutnya.Terima kasih kpd tuan punya resepi asal (rasanya puan suria).Jom layan donut....
BAHAN-BAHANNYA :(sumber:MGebu)

3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

Thursday, July 7, 2011

Semuanya Telah Berakhir.

Hari ini 7/7/2011..semua masalah telah pon selesai & berakhirlah satu noktah perjlnan dlm satu kehidupan.Semoga inilah jalan yg terbaik tuk keluarga kami.Semoga Insan yg paling atie sayangi ini akan tabah & sabar dlm menghadapi ujian dari ALLAH ini.Sesungguhnya mmg perit insan ini utk menerima kenyataan yg amat pedih tuk dilalui.Semoga ALLAH memberikan kekuatan untuknya....Amin

Pajeri Nenas

Salam semua...slmt pagi di hari khamis.kepala pening lak awal pg tadi,sbbnya semlm tido lewat sampai kul 2 pg..... tunggu MyLaling balik dr Ipoh.walaupon dia msj suh tido dulu...tp mata nie xblh tido selg dia xsampai ke rumah..risau,dia drive mlm2.Alhmadllh,semlm selamat sampai dlm kul 1 lbh.sarapan tuk pg pon beli jer(sekali sekala kan?)..hihi.Tghari nie atie masak pajeri nenas(lama xbuat)....kuahnya atie lbhkn tuk di makan ngan nasi.buat pon xbyk,separuh nenas tu jer.Jom makan...

BAHAN-BAHAN :(sumber:K.nannie)

1 biji nenas -sederhana besar
5 cawan santan pekat
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai .Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dwngan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api


Wednesday, July 6, 2011

Saat Ini...Sunyi.

Dari ptg tadi sorang2 kat umah....mmg sunyi.klu ada anak2 kat umah mesti riuh rendah dgn gurau senda & gelak ketawa mereka.bukak tv...cam boring.hanya di depan tenet nie la....temui ramai kawan.sebenarnya ptg tadi MyLaling g Ipoh ngan kawannya,ada mesyuarat tergempar.takkan atie nk ikot lak kan?dah malam nie,lom sampai2 kat umah lagi.Tp tadi dia dh msj...suh tido dulu,maybe lewat sampai umah.Atie lak punya perangai,selg suami x balik mmg x tido..bkn apa risau!.oklah nk BW jap...& join GA!!

Wordless Wednesday #2

Comelnyaaa...cam tingin nk baby lagi.hihi

Wordless Wednesday



Tuesday, July 5, 2011

Hadiah Handbag Dah Sampai.

Alhamdllh,hadiah menang contest di blog ADMIE..http://pb-with-admie.blogspot.com dah pon sampai semlm.mmg happy & teruja sgt sbb ATIE MMG SUKER HANDBAG & dlm koleksi atie xder yg harga semahai ini.handbag nie mmg cantik...blue kaler(biru pekat)...dlmnya lagi cantik!lupa lak nk snap gambar tp byk ruang penyimpanan...sesuai la tuk atie yg suker isi mcm2 lam hdbag.bila dah dpt bag cantik & mahai nie..cam syg lak nk guna..hihi



Cantik sgt!..penyangkut tue berkaler emas & juga disediakn tali handbag yg panjg

Klu ada yg berminat nk beli Corset premium beautiful/nk join biz PB,blh la hubungi Admie di blog ini..

atau

Contact : 0139128113 or pbwithadmie@yahoo.com

Paru Goreng Kunyit.

Salam...slmt tghari semua.ada yg siap masak ker?.antara menu atie hari nie ialah goreng kunyit paru(semlm beli sikit jer)....nk cuba goreng berkunyit nih!biasa kawan2 guna ayam/daging....arini atie cuba paru lak.sedap gak.resepi ambik kat mesranet.nk BW jap..jom layan.daaaaaaaaaaa...

Bahan-Bahan:(wattie mesranet)
½ kg ayam(di potong kecil)-atie ganti paru
Bawang besar 2 biji(di mayang bulat)
Kacang panjang 8 tangkai(di potong panjang)-xder isi
Lada merah hidup 2 tangkai(di potong menyerong)
Minyak masak secawan
Serbuk kunyit
Sedikit Garam
Ajinomoto-X isi

Cara:
1.Ayam/paru di lumurkan dgn kunyit dan di goreng garing.setelah garing,angkat dan letak dlm pinggan lain.
2.Buang separuh minyak di dalam kuali.tumiskan pula bawang merah,cili hidup dan kacang panjang.
3.Letakkan garam dan ajinomoto.pastikan bahan tumisan tidak terlalu lembik.dan akhir sekali,masukkan ayam/paru yg telah di goreng tadi.kacau semuanya sehingga rata,dan angkat.
Cadangan Hidangan:
boleh di hias dengan daup sup dan bawang goreng.
© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™