Tuesday, September 4, 2012

Ikan Masak Tauco

Salam semua.
Cuaca hari ini mendung & br ptg tadi hujan lebat!.Hujan rahmat..gitu!
Dah lama xmenayang menu kat blog inikan?...menjak dr bln puasa...byk menyepi jer.Bzzzz....
Emm...juadah kami ptg ni ikan masak tauco,
dah lama xmsk ikan.Bila anak2 blk bercuti aritu...memanjg msk ayam jer.Biasa la anak2 suka mkn ayam...ibunya kena la masakkn?
Resepi copy dari blog ni nannie...terima kasih & atie kongsikn resepinya diblog atie pula.
Seperti biasa lar...umah atie mmg kuat mkn pedas...campak la jgk 4-5 biji ciliapi lam gulai tauco nih.
...lg pedas,lg best!
Jemput makan semua!.Bismillah...

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan-apa2 ikan pon boleh.
2 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
3 cm halia
5 biji ciliapi-belah 2(atie tambah)
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.

Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

17 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Atie..

Kak, suka lauk ikan tauco ni. Mak Naz selalu buat tp kami biasa buat kering sikit.. Mmg best..Lagi best sbb semua bahan2 tu kita mayang jer..heheheee..

Falsya said...

As salam kak atie..family falsya pun mmg kuat pedas..kalau xpedas xlengkap rase..sedap la tauchu tuh..lapooo la kan..hehe..

syiela said...

salam kak atie..

saya tak pandai masak ni.. pandai makan je :)

Kesuma Angsana said...

yg ni mmg sedap, feveret KA ni

Qasey Honey said...

slm Kak Atie...pedas2 mmg sedap kan kak...mesti mkn btmbh la nti jdinya...lauk2 simple ni la mbuatkan selera makin btmbh..

Qhaifa Nur said...

lauk fev Nur gan anak2 ni....sedapnya tauco...

aeinio said...

ikan masak taucoo maveles.. kalo kat rumah mmg habis licin..

Zana Adieyza said...

lama dah zana x masak taucu.. sebab suami tgh dlm usaha nak kurangkan makan yg pedas2.. kalau dulu mmg sedappppp dapat makan pedas2 tu..

Acik Erna said...

assalam atie..lamanya tak makan masak taucu ni.

Alinaclover Premium Beautiful said...

mcm lama xmkn taucu.. lapaq la rasa huhu

Zie said...

kaktie sedapnya.. lama tak makan

kasihredha said...

betul2 lama sgt tak makan masak taucu mcm ni

Tihara said...

sedapnya masak taucu..masa bulan pose ada buat tapi dengan ikan bilis..huhu :)

Tihara said...

sedapnya masak taucu..masa bulan pose ada buat tapi dengan ikan bilis..huhu :)

Aida78 said...

salam kak azi...sedapnya kecur air liuh tengoknya...

IntaNBerliaN said...

sy jarang mkn msk taucu ni.. :-)

LYAfrina said...

slurrrrrrpppp..
meleleh lya tgk ni

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™