Wednesday, February 9, 2011

Daging Goreng Kunyit

Salammm...& selamat ptg semua.arini atie masak daging goreng kunyit tuk kami mkn bertiga....disamping sambal ikan,bening sayur bayam,gesek & sambal belacan(Apak mai umah...br dpt buat sambal...sbb Apak nie,klu xder sambal belacan..xlalu nk mkn..hihi).mkn lak ngan nasi panas2...mmg nambah2 Apak & MyLaling mkn(org yg ngah naip pon sama naiknya..hihi)...Alhamdllh,walaupon simple jer tp memikat selera...bole larr.dagingnya pon xder la liat..elok lembut jer.jom layan resepi..makasih MG!!


Bahan-Bahannya:(sumber:MG)

500 g daging batang pinang
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 batang leek, dikerat2 1 inci panjang (resipi asal tak de nih)

Cara membuatnya :-)

1.Hiris daging nipis2, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
2.Masak daging atas api perlahan hingga air daging kering dan daging empuk, tambah sedikit air jika perlu.
3.Kemudian tuang minyak masak dalam daging tadi (anggaran 3 camca besar) dan goreng hingga daging sedikit garing.
4.Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih dan leek, goreng hingga lembut.
5.Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan cili merah.
6.Gaul rata dan goreng hingga semua garing. Angkat dan hidangkan panas.

3 comments:

Yat Maria said...

salam atie

ai sgtlah suka daging kalo kering cam nih..sgtla sedapnye :)

EiJa ZaQuaN said...

sedap2..

eija pun ari tu goreng jerk daging wat daging goreng kunyit..
mmg selera makan..

Nieza said...

assalam kak tie, sedapnya menu akak ni..terliur lak nengoknya..:)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™