Saturday, February 26, 2011

Nasi Minyak & Ayam Masak Merah

As salam semua & selamat berhari mggu.baru sempat nk n3 sbb mmg bz....tghari tadi ada jemputan kenduri kawen kt Taman nih....pastu msk2 sikit sbb Adik nak blk keasrama pd ptgnya.utk menjimatkn masa atie & poberet Adik gak,maka tghari tadi atie masak menu mcm kt bawah tue lah.Alhamdllh,walaupon Adik x ikut g kenduri tp dpt dpt gak mkn nasi minyak kt umah..hihi.kul 3.30 ptg tadi dh selamat kami htr Adik pulang ke asrama....blk umah,sunyiiiiiiii sgt rasanya.tadi br lps tepon....tanya ibunya dh sampai ke blm.baru sampai sebenarnya sbb g nyingah umah MIL....
Bahan-Bahan:
¼ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga
6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
½ camca kecil serbuk kunyit
½ cawan kismis

Cara:
Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata.
Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.

2 comments:

Princess Nur said...

oh sedapnya atie..rajinnya masak ye..

LyanaSyaZam said...

sedapnyer kak atie...bau nasi tu sampai ke sini hihihik....:)

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™