Salam semua & slmt pg di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini.Dah ramai yg mencuba nasi lemak hijau ni...atie jer baru nk mencubanya.Biasa buat kaler putih jer kan..hihi.
Alhamdulilah,ada kelainanya trutamanya bau pandan yg sgt wangi bila diblend...tp atie tambah pewarna hijau tu menampakkn warna hijau yg 'clear'(memandai jer atie ni kan?..maaf la kpd tuan punya resepi,atie nambah2 sikit bahannya).
Terima kasih kpd yatie yg brkongsi resepi nasi lemak ni diblognya.... izinkn atie copy dan kongsikn disini pula yer.Kpd yg blm mencubanya,selamat mencuba :D
Bila dah masak nasi lemak ni..maknanya tghari nanti xder la masak lagi(sonang kojo den..).Ala, dok mkn berdua..malas nk lama2 kat dapo,Lgpon arini bz nk buat bil2 tuk dibayar kpd supplier...pada semua selamat menjamu selera juge.
p/s:ayam goreng xsempat nk interprem :D
Bahan-Bahannya:Sumber:(YatieMemories)
*4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan(atie guna beras biasa je)
*4 cwn santan (1 biji kelapa parut)
*1 cawan air utk di kisar bersama 10 helai daun pandan & di kisar halus dan tapiskan
*2 batang serai, dititik
*1 helai daun pandan, disimpul
*1 inci halia, diketuk
*3 ulas bawang putih, diketuk
*5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
*1 batang kayu manis*
*1 kuntum bunga lawang*
*5 kuntum bunga cengkih*
*3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
*1 sudu kecil serbuk lada hitam
*Sedikit garam
Bahan Sampingan
*Sambal tumis udang
*Hirisan timun dan tomato
*Ikan/ayam goreng
*Telur dadar/rebus
*Apa2 lauk kegemaran masing2
Cara membuatnya
Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 5 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!
19 comments:
ummi saya suka buat nasi lemak hijau tu...
Assalamualaikum Atie,
waduhhh terus lapar lerrrrr tngk set nasi lemak hijau ni..lama dah tak buat...sok ari minggu nak watlah..anak2 mmng suka sangat..
salam faa...jemput makan :D
salam yatie..terima kasih ya.Mmg sedap & HB atie makna nambah2 pg tadi..
xpernh mkn yg hijau ni..
Salam Atie
Singgah nak rasa nasi lemak hijau:)
hurmmm menarik nie kak
saya x pernah cuba
hurmmm kena cuba nie ;)
wow..pes time ni saya tgk nasi lemak ijau..
wah bestnya, lagi menarik dan makin berselera org nak makan kan! x pernah cuba lg. :D
sedap3x...nak cuba juga lah nanti :)
salam kak atie.. umi singgah makan nasi lemak hijau ni sedapnyaaa.. dgn sambal tumis lg ikan bilis dan kacang lagi perghhh complete :)
bestnyee warna dia mmg cantekk...nak kena try ni..
assalam akak...la sama lak menu kita ari ni..ieta pun wat nsi lemak gak..tp yg putih la....tp nmpak menarik la nsi lemak akak ni....antaq sepinggan nk rasa..heheheh
yummyyy sedappnye kak atie
mak kta suka buat gini....rasa lebih wangi
Salam Atie,
Mesti wangi ni. Len kali buleh buat nasi lemak belang2 pulak kot?
a'aa bila dah msk nasi pg2.. mmg sengkan.. nanti tghari pun duk mkn nasi ni gak... hihii
hijau itu menawan! sedapnya makan ramai-ramai ni Atie... sambal dia ada lagi tak? kalau dah habis nasi, boleh makan dengan ubi rebus!
Nampak warna menarik kaler ijo nie :)
Sedapnyer ;)
tak penah lagi makan nasi lemak hijau.
Post a Comment