Bahan-bahan:
*15 kg Buahan Jeruk (yg disukai)-potong kecil2 semuanya.
*3 kg Bawang merah-pilih yg kecik
*2 kg Ulas bawang Putih-potong 2
*300 gm serbuk cili
*3 kg Gula pasir
*Sedikit Garam
*6 Botol Cuka makan-apa jenama pon blh.
*4 kg Minyak Masak
*3 kg Bawang Besar-blend
*Rm2.00-Jintan kasar & Jintan Manis-sangan-Blend.
Bahan Tumis:
* Sedikit Kulit kayu manis
* Sedikit Bunga Lawang
* Sedikit Garam-nanti blh tambah/kurangkn.
* Halia-hiris
*3 biji Bawang Besar-hiris
*4 Ulas bwang Putih-hiris
****agak-agak semua bahan-bahan tumis blh dpt dlm 1 pinggan.
Cara-cara:
1.Panaskn minyak & tumiskan bahan-bahan tumis.bila dah garing baru masukkan serbuk cili yg telah dibancuh dgn sedikit air.
2.apabila dah sebati baru masukkan bawang besar yg telah diblend.biarkan sekejap.pastu masukkan cuka &gula pasir serta jintan2.
3.Masukkan juga garam..biarkan mengelegak sebentar...barulah dimasukkan bawang putih yg telah dipotong 2 & bawang merah yg kecil2 tadi.
4.Bila dah mengelegak lagi barulah dimasukkan buah-buahan jeruk yg kita sukai.gaul hingga rata & mesra serta sebati dgn semua bumbunya.
5.Rasa masam-manis-masinnya...kemudian boleh la diangkat & masukkan kedlm bekas yg bertutup.acar nie tahan lama asalkn ada sedikit minyak terapung diatasnya.
****Yang lam balang nie...kakak atie(Nyeah) punya!!dia sukeeee mkn acarbuah...dh sampai pon keumahnya.

4 comments:
salam atie,
wah ni kalau buat kena half and half half sukatannya..sebab banyak kan..thanks for sharing ya atie..akak,
print resepinya ya..
salam k.Ayu...sila kan!yg tue tuk sukatan buat kenduri..hikhik.pandai2 la akak adjust yer.
Salam kak azatie,
Wah.. saya suka acar buah, tapi korek2 buah yang saya suka. hihihi. Mmang bagus klau ada sukatan banyak camni. sesuai utk majlis2 kat rumah,kan? tak pun share2 ngan adik-beradik. hihi.
salam nuridah...klu rajin blh cuba..tp renyah sikit kejenya..ngeee
Post a Comment