Bahan-Bahan:(sumber:MesraNet.)
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit Halia-hiris(atie tambah)
Cara-Cara:
1.Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
2.Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
3.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
4.Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
5.Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan:
Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
6 comments:
Salam Dik Atie....kalau Akak kerak tu yang Akak suka...hehe..nak sepinggan boleh!
salam k.watie..nasi lemak kukus nie xde kerak kak!...yg ada kerak..yg kita tanak atas dapo tue!sat lagi atie htr yer..ngee
wau bestnyer...kalau bukak kedai nie, mesti laku..
alahai tuan rumah... pat sambal tu le yg penting... nak gak tau cara org lain buat... bleh tukar2 rasa...x le perasan yg sambal kite je yg paling sodap... mana tau atie nye ambal lgi meletop...
salam intanku trpilih..xde la,buat mkn2 family bole ler...
salam bittersweetflavours...entah atie msk cam biasa jer..tapi tue la kata org yg membezaknnya airtgn masing2...
Post a Comment