Wednesday, July 17, 2013

Masak Lemak Rebung & Udang

Salam semua.
Maaf la dah 2 hari tak update...
sibuk g kebun,bila blk dah letih.Ptg lak sibuk msk tuk berbuka.Mlm lak lps berbuka g Terawih kat Masjid.
Blk dr masjid..letih.ZZZZ ajelah.
Okeylah,utk tidak menghampakn kengkawan
Atie kongsikn 
satu menu masakan hari ini.
Semoga ianya mendtgkan idea tuk kengkwn memsk ptg ini.Tambah2 lak klu kat umah dah ada sayur rebung camni.
Resepi atie copy dr blog yana shaiful....yg mana yana lak mengkongsiknya dr blog MG.
Terima kasih pada yana & MG ya.
Jemput semua....
Jamu mata larrr..bkn menjamu selera.


MASAK LEMAK CILI PADI REBUNG MADU & UDANG
Resepi : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHAN:-

800 g rebung buluh yg telah dibersihkan ( yana guna rebung madu-atie rebung biasa je)
1/2 cawan isi udang ( yana guna udang sederhana besar )
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun kunyit ~ disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-

1 genggam cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup tua
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA-Cara:

Rebung dihiris nipis atau gunakan penyagat. cuci dan celur hingga rebung sedikit lembut, toskan ( kalau nak sedap celur guna air kelapa dari kelapa segar yang kita guna untuk memasak gulai ). Ketepikan .
Masukkan rebung celur, serai titik dan udang ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak sekejap atas api. Kemudian tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih hingga rebung lembut.
Masukkan asam gelugor dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, biar mendidih dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh tutup api. hidangkan.

17 comments:

Arol Mubin said...

Macam tersalah waktu jek masuk blog nie. Hehehe! Dah lama tak makan rebung, sedapnya. Terhidu-hidu bau rebung. :D

Yanti Isa said...

sedapnya .. rebung masak lemak ni favourite akak juga...tapi boleh jadi ubat sakit urat jugak ni :)

adda syuhada said...

esok nk cuba la..mesti sedap..

SeputihSalju said...

sebaik sy bukak blog k.atie taim mlm, kalu siang2 msti tergoda...hehhee

Sury Abil said...

Lamanya dh mkn rebung.terliur sehh!

Aida78 said...

salam kalau guna rebung yang dah di jerukkan tu boleh ke

Aju Mohit said...

sedapnya kak atieeee!!
idea nak masak hari ni ;) ngheee

Azura Aziz said...

salam kak atie..
sedapnya.. masa alycia blk rumah mertua kt kuala pilah minggu lepas, nampak rebung madu ni kat pasar tani.. tp xbeli sbb xtau nak masak apa..

Kaz said...

Salam Kak Atie sayang, seronok rasanya bila dah mula start berblog semula. Bila jalan-jalan kat blog Kak Atie, mesti selalu tergoda dgn resepi kak Atie yg npk sedap tp simple aje resepi dan cara membuatnya. Kalau resepi yg complicated tu mmg tak sempat Kaz nak buatnya.

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama tak mkn rebung...

Amie said...

Tie.... tak tahan tengok rebung, lagilah kalau rebung madu aduhaiiii

Azian Nd said...

Aduh...kalau buka puasa lauk ni ada pula ikan pekasam...mau 2 pinggan nasi tambah...

Ibu Lala said...

semalam beli gak masak lemak rebung ni. hari2 akk beli je lauk x masak pun. yg beli pun tak habis makan.

zana fahmi said...

Rebong kt pasar ni dah potong cantik, senang masak. Akk baru masak dua hari lps, cuma share kt instagram je:-)

QueeN TerataI said...

x pnh makan rebung kak... hehehe

Myra Jay said...

Myra rebung tak reti makan..huhuu..
tp udang kalu buat masak lemak makan ;D

Puan Kutu said...

sy takpernah masak rebung dulu2 peri rumah kawan mak dia buat rebung msk pajeri,sedap gila

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™