Salam semua...2 hari xder berOnline sbb bz sikit.semlm g ziarah Adik di asrama SABDA...adik tingin nk mkn masakan ibunya lak.Jadinya semlm kul 3 ptg kami ke SABDA..dah sedia menanti kat kantin sekolah!.Alhamdllh,dapat gak memenuhi permintaan Adik nk mkn mskan kegemarannya Tp xsempat lak nk snap gambar.Kul 5 lbh baru kami blk..babai Adik:)
Hari Sabtu pula mendpt msj bahwa makcik Tuminah meninggal dunia,jadi seawal pg kami bertolak ke kg MIL...sbb makcik Tuminah sekg ngan MIL.seblm berpindah ke Taman ni,setiap hari Rabu atie,MIL & wanita2 kat kg MIL akan menghadiri kuliah agama di rumah makcik Tuminah...& diajari oleh suaminya,ustaz raden hamidi.masih mengajar hingga kini tp dek jarak perjlnan yg jauh,atie tidak lagi mengikutinya.Arwah makcik tuminah seorg wanita yg baik,ramah & penyayang.walaupon punyai anak2 yg berjaya tp arwah tidak pernah meninggi diri.
Ketika sampai di rumah Arwah,mmg dh ramai org.sepasukan tentera yg dtg 2 trak sdg sibuk mendirikn khemah di hadapan rumah Arwah.Didalam rumah mmg dah dipenuhi oleh jiran2,kenalan2 Arwah & kenalan anak2 yg semuanya berpangkat besar.paling atie sayu ketika Suami & anak2 Arwah menguncupnya buat kali terakhir.Semoga arwah di tempatkn dlm golongan org2 yg beriman.Al-fatihah.
Berita pemergian Arwah makcik Tuminah di paparkn disetiap media masa pd hari ahad yg lalu..
Ibu Menteri Pertahanan meninggal dunia
BAGAN DATOH 1 Okt. — Ibu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1.40 pagi ini kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung.Jenazah Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil, 81, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini tengah hari ini.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak.
Ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid, yang merupakan anak sulung berkata, beliau dan seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian ibunya yang terlantar sakit sejak empat tahun lepas.
Beliau berkata, sebelum ini, ibunya mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan dibawa pulang ke rumahnya di sini sejak awal Syawal lepas.
8 comments:
Assalamualaikum Yong Azatie,
Al-Fatihah. Semoga rohnya dirahmati. Azatie pe kabar?
alfatihah...
al-fatihah juga..
al-fatihah....
al-FAtihah
assalamualaikum atie... pekabor? sihat ke? nani alhamdullillah.. sihat..
ni nak kaborkan.. blog nani dah okey.. smlm selidik.. periksa... wat experiment.. rupanya mmg pasal chrome.. masalahnya chrome tak leh baca gambar nani.. so bila tukar ke internet explorer buleh plak upload gambar.. so masalahnya CHROME lahhh.. alhamdullillah.. tak sempat la kena campak laptop ni.. baru tau.. kang jenuh kumpul duit beli baru lak... hihihihi... jom jalan umah...
>> al-fatihah utk keluarga arwah...
al-fatihah..
pada semua..terima kasih.Semoga Arwah makcik Tuminah dimasukkan dlm golongan2 org yg beriman.Al-fatihah
Post a Comment