Tuesday, October 4, 2011

Kari Ayam + Terung Panjang.

Salam semua.selamat tghari,mesti masing2 dah pon menjamu selera.cuaca hari nie mmg hujan dari kul 3 pg tadi...atie pon xder la membasuh kain arini.Sibbaek tinggal berdua,kain Xbyk...2 hari sekali br atie membasuh kecuali baju kerja MyLaling...kena hari2 basuh.
Juadah tghari kami hari ini antaranya ialah kari ayam +Terung panjang.ayamnya isi sikit jer sbb ada goreng ikan....jadinya xnampak la ketulan ayam ya kawan2!.cuma nampak terung yg dipotong pjg gak.klu makan panas2 ngan nasi putih mmg sedap..xnampak dah kalori & lemak yg menimbun tuh.hihi.okey la nk round umah kengkawan jap..walaupon bz ngah uruskn persediaan penghtran hadiah tuk pemenang2 GA atie aritu.Ambik masa jap nk ziarah kwn2..sapa nk ikottt?

Bahan-bahan:(sumber:Tulip77MYR)

  • * Bahan dikisar halus *
  • 20 tangkai lada kering
  • 4 biji lada besar merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras
  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi-atie xisi
  • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor-atie ganti ngan asam jawa
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang-atie ganti ngan terung
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

10 comments:

Amie said...

datang lagi ni atie... mesti lauk tu masih panas berasap kan... minta sikit ye nak makan dengan dengan nasi putih... sedapnya! Bismillah....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Amie.sat lagi atie htr ya.,hihi

anitadiana said...

terbaikkkkkkkkkk..sedapnya tie...tapi bahanya banyak sangat lah pulah..tak ada kat rumah tu..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum....
atie.. nani datang bawa pinggan.. nak makan nasi ngan atie ni.. eheheheh
sedapnye pekena ngan nasi panas2.. ikan goreng.. wahhhhh... terangkat..
mak mertua lalu sure tak pasan.. eheheheh

aneem said...

mcm best ja nengok kari nie...
leh lah masak ujong minggu nie

Nieda said...

SAlam Azatie. Saya salah seorang peserta yg menyertai GA (NO 16) tempohari . Saya menang selipar comel.

Alamat: HASNIDAR BT RAMLY
LOT 5550, KUBU GAJAH, 34130 SELAMA, PERAK.

EmbunRosaliza said...

Assalam Atie, sedap tu makan kari ayam masa hujan2 gini, KL pun hujan juga ni, kasi panas badan tu

Acik Erna said...

Assalam atie..sedap tu..kuah kari tu boleh jugak buat cicah cekodok petang2 ni kan.tambah2 pulak hujan..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong, ni ala-ala pajeri terung ya...tapi takde kerisik.

Cik Rose Cute said...

sedapnya kari dengan terung panjang....

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™