Thursday, June 21, 2012

Juadah Petang Kami.

Salam...slmt mlm semua.
Ada yg dah mengantuk ker?.kat umah atie biasa tido lewat gak...macam2 keje dibuat walhal umah bknnya besau sgt ponnnn.
Br nak buat n3 juadah minum ptg kami...simple jer,roti sosej.Buat 7 ketui jer...sedap cicah ngan cilisos.Tu pon masih berbaki 2 ketui...klu ada anak2 mmg kena buat byk la sbb depa suka.
Nk jemput mkn pon tinggai 2 ketui jer..kang berebut2 lak...cuci mata aje la yer.
hikhik
Roti Sosej(sumber:periuktanah.blogspot)

Bahan-bahan:

10 batang sosej
10 keping roti sandwich- gilis dengan 'rolling pin' hingga nipis
1 1/2 cawan serbuk roti
1 biji telur dipukul sedikit
1 sudu besar tepung gandum dicampur 1 sudu teh air- bancuh rata untuk dijadikan gam

minyak untuk menggoreng
sos cili, mayonaise ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Sediakan serbuk roti dahulu: 2 cawan kulit/kubit roti. Kalau takde, guna 2 keping roti sandwich- letakkan dalam piring, biar terbuka dan simpan dalam peti ais semalaman. Kulit roti akan keras di pagi esoknya. Kisar halus. Letakkan dalam pinggan leper.

2. Sediakan bahan lain. Letakkan sosej di bahagian dalam roti. Gulung kemas dan sapukan bancuhan tepung gandum ditepi gulungan. Cantumkan.

2. Celupkan ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti hingga rata keseluruhannya. Goreng dalam minyak sederhana panas dan golekkan roti agar masak rata. Angkat dan toskan apabila roti keperangan. ulang proses untuk kesemua roti dan sosej.

Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.


17 comments:

kasihredha said...

salam atie
yg tinggal dua tu..untuk akak ye :))

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.kasih...habih dah kak,suami balik dr masjid terus mkn :D

IntaNBerliaN said...

sedapnya juadah petang kak tie ni :-)

ieda said...

sedap nyaa kak
saya dah lama nak buat roti macam nie .. bilelahhh boleh buat ;)

Amie said...

Anak-anak memang suka makan roti sosej ginikan Atie...

Nieza said...

roti sosej memang sedapkan..kalau cicah sos lagi best ni..:)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

makan 2 gulung kenyang sampai malam tuh!

Angah said...

amboi2 sedap tu kak,....

nuyui a.k.a miss YUI said...

cicah sos,sedappp!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ina...ala simple jer mkn ngan air tea limau.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Ieda..k.atie pon dah lama xbuat gak,tgk roti dah hampir nk duenya...baek masak cpt!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Amie...bkn anak2 jer,mak & pak budak pon bkn main sukerrrr:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Nieza..yg pasti wajib cicah ngan sos :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

MohKembara..salam kak halima,betui tu,sambil gulung..sambil masuk mulut :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Angah...nk jemput angah mkn,dah habih lak :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Nuyui..cicah ngan sos mmg trbaek!

Acik Erna said...

assalam atie..buatnya senang kan tapi tu la bila dah malas..acik beli je..sekeping tu roti tu bila dah letak sosej..potong dua pulak lagi..dah potong dua tu..seketul 40 sen

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™