Saturday, June 30, 2012

Udang Goreng Tepung

Salam semua.
Selamat bercuti kpd akan bercuti arini.....semoga dpt meluangkn masa yg berkualiti bersama kluarga trsayang.
Arini xder g pasar...badan xbape nk sihat,masak apa yg ada lam esbok jer.Lgpon arini atie mkn sorang2 jer...
MyLaling xder kat umah.G ke johor dgn pakciknya...ada hal.
Antara masakan atie ...udang goreng tepung.Yg biasa atie guna tepung kentucky jer....tp arini menggunakn tepung gandum & bhn2 lain.
Mmg sedap buat ratah2 gitu...sambil goreng,sambil makan.hihi.Disamping tu atie buat sambal telur & masak bening petola.
Jemput makan semua...temankn atie :D
Bahan-bahan:(sumber:kaksma.blogspot)

20 - 30 ekor udang
80 gram tepung gandum
100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :

Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

TIPS
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

7 comments:

Che Rosliza Che mat said...

Sedapnya kak tie...

Sari Yusa Ibrahim said...

ala2 tempura kan.. sedap tu!

Yatie said...

Assalamualaikum Atie,
alahai sedapnya kalau dapat ratah2 udang goreng tepung ni..maunya tak cukup makan sekor, kalau masak kena lebihkan..he3...

fieda said...

sedap tu..feveret umah ni..tp saya biasa guna tepung nona jer kak..

Aju Mohit said...

Sedapnya, mudah je kak, nnti boleh saya try nyum2

Zie said...

Sedapnya udang.. Hukhuk

ieda said...

yumx3 sedapnyaaaaaaaaaaaa ;))

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™