Tuesday, December 6, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal


Salam.Setiap anak yg dilahirkan adalah permata yg perlu kita gilap mengikut lunas2 yg betul & menepati ciri2 anak2 yg soleh serta solehah.
Namun kdg2 kesabaran kita sentiasa diuji dgn pelbagai kerenah & kenakalan anak2.Bagi yg ada anak kecil...merengek,menangis,bergaduh adalh lumrah bagi kita.mana yg menginjak remaja lain pula kerenah & tingkahlaku serta pembawakkan mereka.
Disinilah
kepentingan kita sebagai seorang IBU dibantu oleh AYAH tuk mendidik,menasihati,membimbing mereka & sentiasa memanjatkn DOA tuk mereka.
Mendoakn yg trbaik tuk hidup & masa depan mereka
....menjadi ANAK2 YG SOLEH/SOLEHAH...kebanggaan kita.Anak yg akan sentiasa mendoakn seandainya kita telah TIADA lagi didunia ini.
Kenakalan mereka merupakn ujian dari ALLAH tuk kita agar mendidik mereka dgn lbh baik..seumpama kain putih yg trsedia tuk di warna & dilukis... corakkn mereka dgn nilai2 keIslaman yg kukuh.
Ingatlah,Kekuatan seseorang IBU itu adalah DOAnya tuk anak2...menjadi yg terbaik!
Semoga pengisian ini akan memanafaatkn kpd kita semua.InsyaAllah.

1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

p/s:Terima kasih kpd MommaMia(http://alinalan.blogspot.com ) atas keizinannya mengongsikn info ini di blog atie pula.

19 comments:

norliza said...

terima kasih...info yang sangat berguna

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam umiliza..semoga ia mendtgkn manafaat kpd semua ibu2 yg mempunyai anak2 yg nakal dlm proses pembesaran mereka.InsyaAllah.

Acik Erna said...

Assalam atie..terima kasih sudi kongsikan disini.

EmbunRosaliza said...

Assalam atie, terima kasih kongsi2 info kat sini, boleh buat rujukan ni

Myra Jay said...

Info yang sangat berguna untuk bu bapa.. TQ kak

Qhaifa Nur said...

sangat berguna bagi saya yang ramai anak he..he..
tq share...

IntaNBerliaN said...

terima kasih utk info ni kak tie.. mmg elok diamalkan ni.. semua ibu2 pasti nk yg terbaik utk ank2 kan..

duniaanita74.blogspot.com said...

terima kasih tie..info yg berguna sesanggat....

Sofya said...

terima kasih kak..
ilmu yg berguna..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Erna.sama2..semoga ilmu yg sdkt ni berfeadah tuk semua.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Rosaliza..sapa ada anak kecik elok diamalkn nih!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Myra..sok2 myra dah ada anak..blh dijadikn panduan.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Qhaifa..ramai anak tp xnakal,xper :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ina..betul tue.Semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh & solehah.Aminnn

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anita..harap2 ada ibu2 yg akan mengamalkannya.Insallh

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam sofya.InsyaAllah

Masya said...

info yg baik utk dikongsi...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam masya.InsyaAllah.

Unknown said...

salam perkenalan,
terima kasih kerana berkongsi ilmu yang berguna ini dgn semua orang
semoga hidup atie diberkati selalu

singgah-singgahla blog saya ya ;-)

http://suteraterengganusilk.blogspot.com/

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™